Cara Tukar Nombor Telefon RHB Bank

Cara Tukar Nombor Telefon RHB Bank

Pelanggan RHB Bank boleh menjalankan pelbagai keperluan perbankan yang di inginkan tanpa perlu datang ke bank atau pergi ke mesin ATM.

Cukup dengan hujung jari sahaja dan handphone yang tersambung ke internet, pelanggan boleh melakukan urus niaga seperti transfer, bayar bil, top up, bayar loan dan melakukan beberapa layanan perbankan lain.

Jenis perkhidmatan ini dikenali sebagai mobile banking dan online banking.

Untuk melakukan pelbagai aktiviti perbankan tersebut, pelanggan mestilah mempunyai akaun dan nombor handphone yang berdaftar di perkhimdatan RHB Bank online banking.

Kerana setiap aktiviti urus niaga yang dilakukan mesti menggunakan kod OTP. Kod OTP ini selalu dihantar oleh system bank ke nombor yang berdaftar untuk proses pengesahan dan keselamatan.

Lalu bagaimana jika nombor dan handphone yang selama ini digunakan untuk aktiviti perbankan disekat atau hilang, apa perlu buat?

Sekiranya Anda mendapat masalah tersebut, kami mengesyorkan Anda untuk segera hubungi pihak bank dan melakukan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.

Cara Tukar Nombor Telefon RHB Bank di ATM

Sila pergi ke mana-mana ATM RHB Bank berhampiran, lalu ikuti panduan dibawah:

  1. Masukkan kad Debit/ATM
  2. Masukkan PIN
  3. Pilih Bahasa
  4. Pilih Lain-Lain
  5. Pilih Pendaftaran Nombor Telefon Bimbit
  6. Pilih RHB Now OTP
  7. Masukkan Nombor Telefon
  8. Tekan Betul

Cara Tukar Nombor Telefon RHB Bank di Pejabat Bank

  1. Pergi ke mana-mana pejabat bank RHB terdekat
  2. Bagitau pegawai bank bahawa Anda ingin kemaskini nombor telefon RHB lama dengan yang baru.
  3. Ambil no giliran, tunggu kaunter panggil.
  4. Pegawai bank akan berikan Anda borang yang mesti Anda isi.
  5. Tunggu beberapa minit, Anda akan menerima SMS dari RHB Bank yang mengandungi info bahawa Anda telah berjaya kemaskini nombor baru.

Cara Tukar No Telefon RHB Bank Guna Customer Care

  1. Sila hubungi nombor Customer Care 1800 323 0100 atau Contact Centre at +603 9145 1388 (luar negara).
  2. Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tukar no telefon lama dengan yang baru.
  3. Pegawai bank akan minta maklumat peribadi Anda seperti nama, no kad pengenalan, no kad ATM dan no account bank.
  4. Selepas itu, pegawai bank akan kemaskini nombor handphone lama dengan yang baru.

Itulah pelbagai cara yang boleh Anda gunakan untuk tukar no telefon RHB Bank. Tukar no handphone lama dengan yang baru hanya boleh dilakukan melalui tiga cara diatas sehingga tukar no RHB Bank melalui online tidak dibolehkan untuk alasan keselamatan.

Share