Cara Tukar Nombor Telefon Maybank2u

Cara Tukar Nombor Telefon Maybank2u

Nombor telefon bimbit saya yang telah berdaftar dengan perbankan Maybank2u hilang atau tersekat, apa perlu buat untuk kemaskini nombor telefon TAC Maybank2u?

Sila segera tukar nombor telefon TAC Maybank2u Anda untuk keselamatan akaun bank. Terdapat 2 cara menukar nombor telefon bimbit TAC Maybank.

Tukar Nombor Telefon Maybank2u Online

Memang lebih mudah untuk kemaskini atau tukar nombor telefon Maybank2u secara online. Walau bagaimanapun, kemaskini no telefon melalui online tidak di boleh dilakukan.

Maklumat ini kami dapat dari pihak Bank Maybank. Jadi sila gunakan rujukan dibawah ini untuk kemaskini nombor telefon TAC Maybank2u.

Tukar No Telefon Maybank2u di ATM

Sebelum pergi tukar no handphone Maybank2u di ATM, pastikan Anda membawa kad ATM.

  1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN ATM.
  3. Pilih Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Other.
  4. Pilih Update M2U TAC Mobile.
  5. Skrin ATM akan memaparkan (Please register your own and not 3rd party mobile number to protect your internet banking transactions).
  6. Masukkan nombor telefon baru Anda.

Kemaskini Nombor Telefon Maybank2u di Pejabat Bank

Sila pergi ke cawangan Bank Maybank terdekat pada hari bekerja bank.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Maybank berhampiran.
  2. Cakap kepada pegawai bahawa Anda ingin kemaskini nombor telefeon TAC Maybank2u.
  3. Pegawai bank akan memberikan Anda borang kemaskini no telefon Maybank.
  4. Isi dan lengkapkan borang tersebut.
  5. Pegawai bank akan kemaskini nombor telefon Anda.

Tukar Nombor Telefon Maybank2u di Luar Negara

Sekiranya Anda berada di luar negara dan ingin kemaskini no telefon TAC Maybank, sila ikuti panduan dibawah:

  1. Dail (603) 78443696
  2. Pilih Bahasa
  3. Tekan 0 (Cakap dengan Ejen Pusat Panggilan)
  4. Ejen Pusat Panggilan untuk mengesahkan identiti Anda.
  5. Maybank akan menghantar Emel kepada Anda.
  6. Anda mesti melengkapkan dan membalas Emel dengan Dokumen sokongan.
  7. Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.

Selepas Anda berjaya tukar no telefon TAC Maybank, sekarang Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti perbankan online di Maybank2u.

Baca juga panduan cara dapatkan penyata bank Maybank secara online.

Itulah senarai cara kemaskini nombor telefon TAC untuk keperluan transaksi perbankan, semoga perkongsian yang dinyatakan diatas boleh bermanfaat.

Share