Cara Tukar Nombor Telefon Bank Rakyat

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Rakyat

Macam mana cara menukar nombor telefon bimbit Bank Rakyat online banking? Sekiranya nombor telefon bimbit Anda telah mati, disekat atau handphone hilang dan nombor telefon tersebut telah berdaftar dengan perkhidmatan i-Rakyat, Anda mesti segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru supaya proses urus niaga Anda boleh terus berjaya.

Untuk menukar nombor telefon lama dengan yang baru, Anda boleh gunakan salah satu cara dari maklumat yang kami kongsi dibawah ini.

Tukar Nombor Telefon Bank Rakyat Online

Kemaskini nombor telefon Bank Rakyat internet banking (i-Rakyat) boleh dilakukan secara online. Anda hanya perlu menghantar email dengan isi maklumat peribadi ke alamat emel telerakyat@bankrakyat.com.my

Subject : Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Internet Banking

Isi emel adalah maklumat dibawah:

Hello Bank Rakyat,

Saya Latif Mohamad, saya mahu tukar nombor telefon internet banking lama dengan yang baru, dibawah adalah maklumat peribadi saya:

Nama PenuhLatif Mohamad
No Kad Pengenalan10123456789
No HP Baru1234567890987
No HP Lama7890987654321

Mohon segera kemaskini nombor telefon lama dengan yang baru.

Nota: Sekiranya Anda tak ingat no telefon lama sebab handphone dah hilang, ruangan No HP Lama jangan di isi atau beri tanda (-).

Selepas Anda menghantar emel tersebut, Anda akan di telefon oleh pihak Bank Rakyat untuk proses pertukaran nombor telefon dan pengesahan. Mohon untuk siap sedia menerima panggilan dari Bank Rakyat.

Kemaskini No Telefon i-Rakyat di Cawangan Bank

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat terdekat dengan membawa Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Baru.
  2. Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tukar nombor telefon lama dengan yang baru.
  3. Pegawai bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
  4. Selepas itu tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor telefon.
  5. Selesai.

Kemaskini No Telefon i-Rakyat Guna tele-Rakyat

  1. Sila hubungi nombor tele-Rakyat Bank Rakyat di nombor 1-300-80-5454.
  2. Bagitau kepada pegawai bank bahawa Anda mahu kemaskini no handphone lama dengan yang baru.
  3. Pihak bank akan tanya maklumat peribadi Anda.
  4. Tunggu beberapa minit, kemaskini nombor telefon i-Rakyat berjaya dilakukan.

Sila cuba login Bank Rakyat online dan lakukan transaksi kewangan, guna pastikan Anda boleh menerima One Time Password (OTP).

Sekiranya nombor telefon Anda belum dikemaskini, sila hubungi tele-Rakyat di nombor 1-300-80-5454 atau pergi ke cawangan bank terdekat untuk selesaikan masalah Anda.

Itulah panduan cara tukar no telefon perbankan internet i-Rakyat Bank Rakyat, diharapkan agar perkongsian diatas dapat memudahkan urusan Anda.

Share