Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks

Cara Tukar No Telefon CIMB Clicks

Tukar nombor telefon CIMB Clicks mesti segera dilakukan jika handphone Anda hilang atau nombor telefon Anda sudah tidak aktif.

Macam mana cara tukar no telefon yang betul dan selamat?

Proses kemaskini no telefon CIMB Clicks mudah sangat, Anda hanya perlu melakukan beberapa langkah sahaja.

Sila baca panduan cara tukar nombor telefon CIMB Clicks di bawah.

Apa Itu TAC CIMB Clicks

Adakah Anda tahu apa itu TAC CIMB Clicks? TAC (Transaction Authorization Code) adalah ciri keselamatan yang akan melindungi akaun CIMB Bank Anda daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.

TAC diperlukan untuk proses transaksi kewangan, setiap Anda akan melakukan transaksi seperti transfer duit, bayar bil dan lain-lain di perkhidmatan CIMB Clicks.

Kod TAC akan dihantar secara automatik ke nombor telefon Anda yang telah berdaftar.

TAC penting sangat dan rahsia, jangan bagitahu atau dedahkan kepada orang lain kod TAC tersebut.

Tukar No Telefon CIMB Clicks di ATM

Kami syorkan Anda untuk tukar nombor telefon CIMB Clicks di mesin ATM, pastikan Anda membawa kad ATM.

Sila pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB Bank terdekat lalu ikuti panduan di bawah:

  1. Masukkan Kad ATM.
  2. Masukkan PIN ATM.
  3. Pilih menu Others/Lain-Lain.
  4. Pilih CIMB Clicks.
  5. Masukkan Nombor Telefon Baru Anda.
  6. Tekan butang Teruskan/Proceed.
  7. Tahinah, Anda berjaya tukar nombor telefon CIMB Clicks lama dengan yang baru.

Tukar No Telefon CIMB Clicks Online

Sila login CIMB Clicks online banking di handphone atau komputer Anda, pastikan sambungan internet Anda bagus.

  1. Buka web rasmi atau aplikasi CIMB Clicks.
  2. Pilih menu Settings.
  3. Klik My Data
  4. Pada My Profile (Update Contact Detalis), klik icon pencil (edit) bahagian Phone Number.
  5. Masukkan no telefon baru Anda.
  6. Selesai.

Tukar No Telefon CIMB Clicks di Cawangan CIMB

Sila melawat ke pejabat CIMB Bank terdekat dengan membawa kad ATM, buku akaun simpanan, kad pengenalan (IC) dan nombor telefon baru.

Pergi ke bahagian Customer Service dan bagitahu pegawai bank bahawa Anda ingin kemaskini no telefon CIMB Clicks.

Tunggu beberapa minit, pegawai bank akan kemaskini nombor CIMB Clicks Anda.

Itulah panduan cara tukar atau kemaskini nombor telefon CIMB Clicks melalui ATM, pejabat bank dan online.

Share