Majoriti rakyat Malaysia sekarang ini sudah mempunyai akaun bank, sehingga makin ramai yang menggunakan perkhidmatan pemindahan duit daripada satu bank ke bank lain untuk melakukan pelbagai transaksi seperti beli barang, bayar pinjaman dan lain-lain.
Dan adakah Anda pernah merasa sangsi sama ada duit yang sudah Anda transfer kepada penerima telah diterima di akaun atau belum? Izinkan kami berkongsi berkenaan tempoh transfer duit berlainan bank yang ramai digunakan.
Apa Itu IBG Transfer?
Interbank GIRO (IBG) merupakan sistem pembayaran pindahan duit secara online yang membenarkan pindahan duit antara 2 bank yang terdapat di Malaysia.
Pindahan duit IBG boleh menggunakan perbankan mudah alih atau internet banking. IBG transfer merupakan cara yang pantas, mudah dan berpatutan kerana dapat memindahkan duit dari satu bank ke bank yang lain.
Berbeza dengan Instant Transfer (IBFT), pindahan menggunakan IBG ini akan mengambil masa, minimum selama beberapa jam dan mungkin boleh lebih lama, hal ini bergantung dengan waktu dan hari pada masa Anda melakukan pindahan duit. Untuk makluman, caj urusniaga Interbank GIRO adalah lebih murah berbanding Instant Transfer. Contoh cara instant transfer Bank Rakyat.
Tempoh Transfer Duit Berlainan Bank
Berikut adalah jadual IBG Transfer berlainan bank pada hari Isnin hingga Jumaat:
Waktu Transaksi (IBG Transfer) | Duit Diterima | Duit Diterima | Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya | Bayaran Balik Untuk Transaksi Yang Tidak Berjaya |
---|---|---|---|---|
Sebelum jam 5.00 pagi | 11.00 pagi | Hari yang sama | 5.00 petang | Hari yang sama |
5.01 pagi – 8.00 pagi | 2.00 petang | Hari yang sama | 8.20 malam | Hari yang sama |
8.01 pagi – 11.00 pagi | 5.00 petang | Hari yang sama | 11.00 malam | Hari yang sama |
11.01 pagi – 2.00 petang | 8.20 malam | Hari yang sama | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya |
2.01 petang – 5.00 petang | 11.00 malam | Hari yang sama | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya |
Selepas 5.00 petang | 11.00 pagi | Hari bekerja seterusnya | 5.00 petang | Hari bekerja seterusnya |
Berikut adalah jadual IBG Transfer berlainan bank pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am.
Jika Anda transfer duit menggunakan IBG transfer pada hari tidak bekerja (Sabtu, Ahad dan Cuti Am), tempoh waktu duit akan diterima oleh penerima adalah pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi. Untuk bayaran balik kerana transaksi tidak berjaya adalah pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang.
IBG Transfer Berapa Hari?
Setelah Anda melihat jadual diatas, sekarang Anda tahu IBG transfer mengambil masa berapa hari. Sila lihat contoh berikut:
Transaksi pada hari bekerja iaitu (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat)
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer sebelum jam 5.00 pagi, duit akan di terima oleh penerima pada jam 11.00 pagi.
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer antara jam 5.01 pagi hingga 8.00 pagi, duit akan diterima oleh penerima pada jam 2.00 petang.
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer antara jam 8.01 pagi hingga 11.00 pagi, duit akan diterima oleh penerima pada jam 5.00 petang.
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer antara jam 11.01 pagi hingga 2.00 petang, duit akan diterima oleh penerima pada jam 8.20 malam.
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer antara jam 2.01 petang hingga 5.00 petang, duit akan diterima oleh penerima pada jam 11.00 malam.
- Jika Anda melakukan transaksi IBG transfer selepas jam 5.00 petang, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi.
Contoh: Jika Anda masukkan duit pada hari Isnin jam 6.00 petang, maka duit tersebut akan diterima pada hari Selasa jam 11.00 pagi
Transaksi pada hari tidak bekerja iaitu (Sabtu, Ahad dan Cuti Am)
Jika Anda melakukan transaksi bila-bila masa di hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am, duit akan dimasukkan ke dalam akaun penerima pada hari bekerja yang berikutnya dalam jam 11.00 pagi.
Contoh: Jika Anda transfer duit pada hari Sabtu, maka wang tersebut akan diterima pada hari Isnin jam 11.00 pagi.
Itulah maklumat tempoh transfer wang berlainan bank, kami harap perkongsian diatas boleh membantu Anda.