Semak Nombor Akaun RHB Bank

Semak Nombor Akaun RHB Bank

Kawan nak transfer duit ke akaun RHB Bank saya, tapi saya lupa nombor akaun RHB Bank, apa perlu buat? Tak perlu risau, kami akan kongsikan cara dapatkan semula nombor akaun RHB bank Anda.

Nombor akaun bank adalah unik, jadi setiap pelanggan yang mempunyai akaun di RHB bank tidak mungkin mempunyai nombor akaun yang sama.

Nombor rekening adalah identiti dari akaun bank Anda, jadi sekiranya ada kawan yang mahu transfer duit sila bagitau nombor rekening Anda.

Jika Anda mengalami sebarang masalah seperti terlupa no akaun RHB Bank, dibawah adalah senarai cara untuk dapatkan semula nombor akaun Bank.

Semak Nombor Akaun RHB Bank Online

Bagi Anda yang ingin melakukan semakan nombor akaun RHB Bank secara online, Anda mesti mempunyai akaun RHB Now.

Sila mendaftar terlebih dahulu, baca panduan cara daftar RHB Bank online banking.

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun RHB Now, boleh ikuti langkah di bawah:

  1. Lawati link https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, klik Next.
  3. Sahkan Secret Word, klik Yes.
  4. Masukkan Password, klik Next.
  5. Klik My Account > Savings.
  6. Maklumat Nombor Akaun Anda akan dipaparkan.

Semakan No Akaun RHB Bank di ATM

Sila membawa kad ATM Debit/Credit, lalu ikuti panduan dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana ATM RHB Bank berhampiran.
  2. Masukkan kad Debit/Credit ATM.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Pilih Pertanyaan Baki.
  5. Pilih Jenis Akaun.
  6. Skrin ATM akan memaparkan no akaun bank Anda.

Check No Akaun RHB Bank di Kaunter

Sila pergi ke mana-mana kaunter pejabat RHB Bank berhampiran, cakap kepada pegawai bank bahawa Anda mahu tahu no akaun RHB Bank.

Pegawai bank akan minta maklumat seperti IC dan kad ATM, sila tunggu beberapa minit, maklumat nombor akaun bank Anda akan diberi tahu oleh pegawai bank.

Semak Nombor Akaun RHB Bank via Customer Care

RHB Bank mempunyai perkhidmatan yang boleh membantu Anda menyelesaikan sebarang masalah berkenaan dengan RHB Bank.

Sila hubungi customer service RHB Bank di nombor 03-9206 8118, selepas itu cakap masalah yang Anda hadapi.

Customer service RHB Bank akan siap sedia membantu Anda.

Atau Anda boleh hubungi customer service RHB Bank melalui alamat emel customer.service@rhbgroup.com

Untuk komunikasi e-mel, kami mengesyorkan Anda untuk dapat memasukkan butiran berikut dalam e-mel Anda agar pihak RHB Bank dapat melayani Anda dengan lebih berkesan:

  • Nombor MyKad atau Nombor Passport
  • Contact Number

Semak Nombor Akaun RHB Bank di Buku Simpanan

Buku simpanan boleh membantu Anda menemukan maklumat no akaun bank. Sila buka bahagian depan buku bank RHB, disana Anda dapat menemukan no akaun RHB Bank Anda.

Itulah cara semakan no akaun RHB Bank, diharapkan perkongsian diatas boleh membantu menyelesaikan masalah Anda.

Share