Semak Nombor Akaun Maybank Online

Semak Nombor Akaun Maybank Online

Bagaimana nak dapatkan nombor akaun Maybank? Pertanyaan tersebut kerap kami dengar dari pelanggan Maybank.

Sebetulnya untuk dapatkan nombor akaun Maybank mudah sahaja.

Perlu Anda ketahui bahawa nombor akaun bank penting sangat, sebab no akaun bank merupakan identiti Anda sebagai pemilik akaun bank.

Jadi jika ada kawan yang ingin transfer duit ke akaun Maybank Anda, tentu kawan Anda perlu nombor akaun Maybank Anda.

Tanpa no akaun bank, Anda tak boleh terima duit dari kawan tersebut.

Semak Nombor Akaun Maybank Online

Maybank menyediakan perkhidmatan online banking iaitu Maybank2u. Maybank2u dapat memudahkan Anda untuk melakukan pelbagai transaksi kewangan secara online.

Melalui Maybank2u, Anda boleh check baki akaun Maybank, pindahan, pembelian, top up, bayar bil, print statement dan lain-lain.

Jika Anda lupa nombor akaun Maybank, sila cuba dapatkan maklumat no akaun dengan cara semak nombor akun Maybank melalui Maybank2u.

  1. Lawati www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik menu Accounts & Banking atau My Account
  4. Anda dapat melihat nombor akaun bank Anda.

Macam mana jika saya tidak mempunyai akaun Maybank2u, apa perlu buat? Sila mendaftar, baca panduan cara daftar Maybank2u online.

Semak No Akaun Maybank di ATM

Selain sebagai alat untuk tarik duit tunai, mesin ATM boleh menjadi salah satu cara dapatkan semula no akaun Maybank Anda.

Sila pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank terdekat. Seterusnya ikuti langkah dibawah:

  1. Masukkan Kad Debit/Kredit dan PIN ATM Anda.
  2. Pilih menu Others/Lain-Lain Urusniaga.
  3. Pilih menu Perkhidmatan.
  4. Pilih menu Penyata Ringkas.
  5. Maklumat No Account Anda akan dipaparkan secara terperinci.

Check No Akaun Maybank di Buku Simpanan

Setiap pelanggan Bank Maybank pasti mempunyai buku bank atau buku simpanan yang diberikan oleh pihak bank. Buku simpanan mempunyai fungsi untuk mencatat semua maklumat urus niaga yang telah dilakukan oleh pelanggan.

Anda boleh menemukan maklumat nombor akaun bank pada bahagian depan buku simpanan.

Semak No Akaun Maybank via Customer Service

Sila hubungi customer service Maybank melalui nombor 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Overseas).

  1. Hubungi 1-300 88 6688.
  2. Siapkan nombor kad pengenalan Anda.
  3. Bagitau kepada pegawai bank bahawa Anda ingin ketahui nombor akaun Maybank Anda.
  4. Pegawai bank akan berikan maklumat nombor akaun Anda.

atau Anda boleh hantar email ke alamat mgcc@maybank.com.my

Sila berikan tajuk/subject: Semak No Akaun Maybank Saya

Masukkan maklumat Nama Penuh, Nombor Telefon dan No Kad Pengenalan Anda di ruangan isi email.

Selepas itu tunggu, maklum balas dari Maybank.

Itulah senarai cara dapatkan semula no account bank Maybank, semoga maklumat yang dinyatakan diatas boleh membantu selesaikan masalah Anda.

Share