Semak Nombor Akaun Bank Rakyat

Semak Nombor Akaun Bank Rakyat

Nombor akaun bank sangat penting pada masa kini. Kini ramai orang menggunakan bank untuk urus niaga.

Pindahan bank memerlukan nombor akaun. Nombor akaun inilah yang menjadi identiti perbankan Anda.

Walau bagaimanapun, nombor akaun tidak mudah untuk diingat.

Tidak menghairankan bahawa ramai orang keliru mencari maklumat nombor akaun mereka sendiri jika diperlukan.

Saya lupa nombor akaun Bank Rakyat saya, apa perlu buat? Jangan risau! ada pelbagai cara untuk dapatkan semula no akaun Bank Rakyat Anda.

Semak Nombor Akaun Bank Rakyat Online

Tak perlu payah pergi ke ATM atau pejabat bank untuk dapatkan no akaun Bank Anda. Perkhidmatan iRakyat menyediakan pelbagai peringkat dengan ciri yang terbaik, mudah digunakan serta kepelbagaian fungsi.

iRakyat membolehkan pelanggan melakukan transaksi perbankan dengan pantas, setiap masa dan di mana saja.

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun Bank Rakyat online di i-Rakyat, sila baca panduan cara daftar Bank Rakyat online.

Jika sudah mempunyai akaun i-Rakyat, ikuti langkah dibawah:

  1. Buka laman web www.irakyat.com.my
  2. Klik Login > Personal Banking.
  3. Masukkan Username dan Password.
  4. Klik menu My Account atau Account Info.
  5. Maklumat No Account Anda akan dipaparkan.

Check No Akaun Bank Rakyat di ATM

Selain tempat untuk tarik duit tunai/cash, mesin ATM boleh jadi cara untuk dapatkan maklumat nombor akaun bank.

Langkah cara dapatkan semula no akaun bank Rakyat di ATM:

  1. Pergi ke mana-mana ATM Bank Rakyat terdekat.
  2. Masukkan kad Debit/Credit ATM Anda.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Pilih Pertanyaan Baki.
  5. Pilih Jenis Akaun.
  6. Skrin akan memaparkan nombor akaun simpanan Anda.

Semak No Akaun Bank Rakyat di Kaunter

Sila lawati kaunter pejabat Bank Rakyat terdekat, bagitau pegawai kaunter bahawa Anda ingin tahu no account bank Rakyat.

Pegawai kaunter akan minta maklumat kad pengenalan, sila tunggu beberapa mini, pegawai kaunter akan berikan maklumat nombor akaun bank Anda.

Check Nombor Akaun Bank Rakyat via tele-Rakyat

tele-Rakyat merupakan pusat panggilan pelanggan Bank Rakyat yang ditawarkan khusus bagi membantu pelanggan.

Pusat panggilan pelanggan tele-Rakyat juga menyokong perkhidmatan yang disediakan di cawangan Bank Rakyat dan platform internet, iRakyat.

Perkhidmatan tele-Rakyat:

  • Pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan.
  • Promosi terkini.
  • Melaporkan kehilangan/kecurian kad ATM.
  • Status permohonan pembiayaan.
  • Maklumat kadar semasa.
  • Maklumat akaun.

Sekiranya Anda lupa no akaun Bank Rakyat, ikuti langkah dibawah untuk dapatkan semula no akaun bank Anda.

  1. Hubungi 1-300-80-5454
  2. Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin tahu nombor akaun bank Rakyat.
  3. Pegawai bank akan minta no IC atau kad pengenalan untuk proses check di system.
  4. Tunggu beberapa detik, pegawai bank akan berikan nombor akaun bank Anda.

Check Nombor Akaun Bank Rakyat di Buku Simpanan

Setiap pelanggan Bank Rakyat pasti mempunyai buku bank atau buku simpanan. Anda boleh menemukan maklumat nombor akaun bank pada bahagian depan buku simpanan.

Share