Semak Bil TNB Online

Posted on

Check bil elektrik TNB setiap bulan atau bahkan setiap minggu adalah suatu keharusan bagi pelanggan elektrik, jika tidak, maka bil elektrik mungkin akan mahal dan ada beberapa pelanggan yang mengadu tentang bil yang mahal.

Hanya dengan nombor No Account, IC dan sambungan internet, Anda dapat mengetahui berapa banyak bil elektrik yang perlu di bayar.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengeluarkan aplikasi myTNB untuk membantu pengguna melihat penggunaan elektrik bulanan.

Melalui aplikasi myTNB, pelanggan dapat mencari pelbagai maklumat mulai dari bil elektrik, transaksi dan sejarah penggunaan elektrik

Aplikasi myTNB menjanjikan maklumat yang cepat, tepat, dan pantas untuk pelanggan.

Namun, untuk mengakses aplikasi myTNB yang perlu Anda lakukan ialah memuat turun aplikasi myTNB terlebih dahulu.

Anda boleh download myTNB app melalui Google Play Store pada peranti Android atau melalui Apple Play Store pada peranti iOS.

Cara Daftar Aplikasi myTNB

Cara mendaftar myTNB Online

  1. Buka aplikasi myTNB di handphone Anda.
  2. Klik Register
  3. Masukkan Nama
  4. Masukkan Nombor IC/Kad Pengenalan
  5. Masukkan Nombor Telefon
  6. Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk proses pengesahan
  7. Selesai

Cara Tambah Bil TNB

Sekiranya nombor IC Anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun Anda.

Namun jika Anda merupakan seorang penyewa rumah, Anda boleh tambah account TNB secara manual.

Cara Tambah Bil TNB Online

Sila ikuti langkah dibawah:

  1. Buka aplikasi myTNB di handphone Anda.
  2. Klik Add Electricity Account
  3. Klik No (I’m renting this place / it belongs to may parents)
  4. Klik No (I may not have the rights to view all information related to the electricity supply account)
  5. Masukkan Account No (Nombor Akaun), Pilih Rental House, Pilih Residential
  6. Klik Add Account
  7. Selesai

Cara Semak Bil TNB Online

Cara Semak Bil TNB Online

  1. Buka aplikasi myTNB di handphone Anda.
  2. Login myTNB app.
  3. Klik View Bill untuk melihat bil elektrik yang ingin Anda bayar

Selepas Anda mengetahui cara cek bil TNB online yang mesti di bayar, sila baca panduan cara bayar bil elektrik online menerusi aplikasi myTNB.

Semak Bil TNB Online Melalui Portal myTNB

Cek Bil TNB Online

Sekiranya Anda takde hanphone, sila guna komputer/PC atau laptop untuk semak bil TNB

  1. Buka laman https://www.mytnb.com.my
  2. Masukkan Emel dan Password, klik Login
  3. Maklumat bil akaun TNB akan dipaparkan.

Sila mendaftar/register jika Anda belum mempunyai akaun di Portal myTNB.

Itulah cara semak bil TNB secara online melalui aplikasi myTNB.