Semak Bil Elektrik SESB Online

Semak Bil Elektrik SESB Online

Salah satu aktiviti bulanan yang dilakukan oleh setiap pengguna elektrik dari SESB adalah membayar bil elektrik.

Sudah tentu Anda perlu membayar bil elektrik setiap bulan agar Anda boleh terus menggunakan elektrik di rumah Anda.

Kaedah pembayaran elektrik sekarang juga berbeza-beza, seperti pembayaran di kaunter dan pembayaran bil elektrik SESB melalui portal OCS SESB.

Jika pada masa lalu Anda perlu pergi ke kaunter bayaran hanya untuk cek bil elektrik Anda dan membuat bayaran, kini Anda tidak perlu melakukan hal itu lagi.

Bersama-sama dengan perkembangan teknologi, kini Anda tidak lagi perlu pergi ke pusat pembayaran untuk membayar bil elektrik.

Anda boleh membuat pembayaran bil elektrik dengan hanya menggunakan handphone Anda.

Semakan bil elektrik secara online boleh membantu Anda dalam mengira berapa banyak duit yang perlu dikeluarkan untuk membayar bil elektrik SESB.

Pada dasarnya, bil elektrik akan sesuai dengan jumlah penggunaan, jadi semakan bil elektrik secara online adalah cara untuk mengawal penggunaan elektrik setiap bulan.

Semak Bil Elektrik SESB Online

Sekarang Anda boleh semak bil elektrik SESB secara online, sila guna handphone, laptop atau komputer PC untuk membuat semakan secara online.

Untuk membuat semakan bil elektrik SESB secara online diperlukan Kod Stesen dan No Akaun. Kod Stesen dan No Akaun dapat Anda temukan pada bil elektrik dan invois.

Check Bill Elektrik SESB

Seterusnya sila ikuti langkah dibahwa ini:

  1. Buka laman https://ocs.sesb.com.my/OCS_QUICK
  2. Masukkan Kod Stesen dan No Akaun Anda Cara Semak Bil Elektrik SESB Online
  3. Klik atau tanda bahagian I’m not a robot
  4. Klik butang Search
  5. Maklumat mengenai pembayaran bulan lepas akan di paparkan.
  6. Sekiranya Anda mahu membayar bill, sila tekan Pay Now

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Guna Shopee

Adakah Anda tahu bahawa sekarang bayar bil elektrik SESB boleh melalui online guna aplikasi Shopee? Berikut langkah cara bayar bil elektrik SESB guna Shopee.

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Klik Deals, Top-up & Bills
  3. Klik Electricity
  4. Klik Sabah Electricity
  5. Masukkan Account Number dan Amount yang mahu dibayar
  6. Klik Teruskan untuk melakukan pembayaran
  7. Sila Anda pilih, nak bayar guna Shopee Wallet atau bayar bill elektrik melalui online banking
  8. Klik Pay Now

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Guna Online Banking CIMB

  1. Buka laman https://www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan User ID dan Password CIMB Clicks
  3. Klik Pay Bills Cara Bayar Bil Elektrik SESB Guna CIMB
  4. To: SABAH ELECTRICITY SDN BHD
  5. Bill Account Number: Masukkan no akaun bill yang tertera pada bil. Masukkan nombor Kod Stesen dahulu, diikuti dengan Nombor Akaun. Contoh : 310110196789
  6. Masukkan amaun yang mahu dibayar.
  7. Pastikan maklumat yang Anda masukkan betul, sekiranya sudah OK. Klik Make Payment untuk membuat pembayaran.

Baca juga panduan cara semak bil TNB online guna aplikasi myTNB secara percuma.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai bil elektrik SESB, sila hubungi SESB melalui:

  • Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000
  • Emel : komersil@sesb.com.my
  • Talian hotline myGCC 03-8000 8000
  • Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089

Itulah maklumat cara check bil elektrik SESB secara online, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat.

Share

GB WhatsApp

athaya
2 min read

Whatsapp MOD Apk

athaya
2 min read

WhatsApp MOD iOS

athaya
1 min read

Semak Bil Air Selangor

athaya
1 min read