Semak Bil Astro Secara Online

Semak Bil Astro Secara Online

Memandangkan semakin banyak orang menggunakan perkhidmatan Astro, tentu sahaja pihak Astro menyediakan pelbagai cara praktikal untuk memudahkan pengguna mencari maklumat mengenai produk ini.

Begitu juga dengan cara semakan bil Astro. Sekurang-kurangnya, ada 3 cara untuk cek bil Astro yang boleh dilakukan pengguna:

Semak Bil Astro Secara Online

Sila gunakan perkhidmatan online pay.astro.com.my untuk semakan bil Astro melalui online.

  1. Buka laman https://pay.astro.com.my Semakan Bil Astro Online
  2. Masukkan Account Number
  3. Tandakan i’m not a robot
  4. Klik Continue
  5. Maklumat bil Astro akan dipaparkan secara terperinci

atau Anda juga boleh cek bil Astro melalui laman web rasmi astro.com.my. Sila mendaftarkan akaun terlebih dahulu untuk dapat menggunakan perkhidmatan cek bil online.

Daftar dan ikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan di laman web Astro.

Pastikan Anda mengaktifkan akaun Anda setelah mendaftar, kemudian log masuk untuk dapat menambahkan data Astro Anda sehingga bil dapat dipaparkan secara terperinci.

  1. Buka laman https://id.astro.com.my
  2. Klik Create Now Register Astro Online
  3. Masukkan Nama
  4. Masukkan Alamat Emel atau Nombor Handphone
  5. Masukkan Password
  6. Tandakan I agree to the Privacy Policy , Terms of Use and to receive news, offers and events from Astro and its partners.
  7. Klik Create Astro ID
  8. Seterusnya isikan maklumat yang diperlukan
  9. Sila log masuk dengan Emel atau Nombor Handphone dan Password Anda
  10. Klik menu Bill untuk melihat info tunggakan atau bil secara terperinci

Semak Bil Astro Melalui SMS

Anda di syorkan untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit yang sah di perkhidmatan Astro, jika nombor telefon Anda telah berdaftar di perkhidmatan Astro.

Sila cuba 2 kaedah yang disediakan oleh pihak Astro untuk semak bil Astro melalui SMS. Sila guna format SMS dibawah ini:

ASTRO<jarak>BAL<jarak>10 digit nombor akaun Astro dan hantarkan ke 66688

Contoh: ASTRO BAL 0812345678 hantar ke 66688

ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan hantarkan ke 66688

Contoh: ASTRO BAL AC 800101012345 hantar ke 66688

Semak Bil Astro Melalui Aplikasi My Astro

Semak Bil Astro Guna My Astro

Aplikasi My Astro boleh Anda download secara percuma di Google Playstore dan App Store. Aplikasi My Astro membolehkan Anda menguruskan dan mengawal akaun Astro sehingga Anda boleh melihat pelbagai info seperti:

  • Semak Baki
  • Cek Baki Tertunggak
  • Bayar Bil
  • Upgrade Langganan
  • Dan lain-lain

Panduan semakan bil Astro online via aplikasi My Astro:

  1. Download aplikasi My Astro dan Install
  2. Sila klik Register untuk mendaftar akaun
  3. Selepas mendaftar, sila log masuk My Astro
  4. Maklumat baki boleh Anda lihat pada bahagian Bill

Itulah senarai cara semak bil Astro secara online dan melalui SMS. Sila guna cara yang dinyatakan diatas untuk check bil Astro dan bayar bil Astro.

Share

GB WhatsApp

athaya
2 min read

Whatsapp MOD Apk

athaya
2 min read

WhatsApp MOD iOS

athaya
1 min read

Semak Bil Air Selangor

athaya
1 min read