Semak Bil Air Selangor

Semak Bil Air Selangor

Adakah Anda tahu bahawa sekarang Anda boleh mendapatkan maklumat bil air Anda secara online dan SMS?

Perkembangan teknologi menjadikan segalanya lebih mudah, termasuk bagaimana nak semak bil air Selangor.

Cukup gunakan laptop atau handphone, Anda dapat mengetahui berapa bil air yang perlu Anda bayar.

Semakan bil air Selangor boleh dilakukan melalui laman web rasmi Air Selangor atau melalui aplikasi Air Selangor.

Lupa No Akaun Bil Air Selangor

Sebelum membincangkan cara check bil air Selangor, Anda mestilah mengetahui nombor akaun air.

Tanpa mengetahui nombor akaun air, Anda tidak boleh cek bil air Selangor secara online.

Lalu apa yang perlu dibuat? Lihat invois air. Kebiasaanya nombor akaun ada di invois.

Lupa No Akaun Bil Air Selangor

Sekiranya takde nombor akaun, Anda boleh hubungi pihak Air Selangor melalui telefon atau via Facebook Fanspage Air selangor. Seterusnya sila bagi tahu masalah yang Anda hadapi, bagi tahu juga no meter dan no kad pengenalan pemiliki akaun.

Pihak Air Selangor akan membantu Anda serta akan memberikan maklumat nombor akaun air Selangor kepada Anda.

Cara Daftar Air Selangor App

Cara Daftar Air Selangor

  1. Download aplikasi Air Selangor di Google Playstore atau App Store
  2. Klik I Agree
  3. Full Name: Masukkan Nama Anda
  4. Email Address: Masukkan alamat emel Anda
  5. Mobile Phone Number: Masukkan nombor handphone Anda
  6. IC/Police/Military/Passport.Company Reg No: Masukkan no kad pengenalan
  7. Password: Masukkan kata laluan (contoh kata laluan Ahmed321#)
  8. Klik Sign Up
  9. Sila masukkan kod pengesahan yang Anda terima di handphone Anda

Cara Login Air Selangor App

  1. Buka aplikasi Air Selangor
  2. Klik Login
  3. Masukkan email dan kata laluan
  4. Tahniah Anda berjaya log masuk.

Cara Bayar Bil Air Selangor Online

  1. Buka aplikasi Air Selangor, klik Bill Payment
  2. Account Number: Masukkan no akaun (lihat invois bil air)
  3. Select Your Bank: Pilih bank Anda
  4. Send Receipt To: Masukkan emel Anda
  5. Tekan Confirm, akan terpapar online banking yang Anda pilih.
  6. Masukkan kod MSOS untuk mengesahkan proses pembayaran.

Atau sila ikuti panduan cara bayar bil air online ini. Anda boleh guna online banking Maybank2u, CIMB Clicks, BSN, Bank Islam dan JomPAY.

Semakan Bil Air Selangor Online

Log masuk aplikasi Air Selangor seterusnya ikuti langkah dibawah:

Semak Bil Air Selangor Online

  1. Pilih nama yang berdaftar dalam bil air alamat premis
  2. Pilih bil yang ingin Anda bayar (Bill Issued)
  3. Info bil terperinci akan dipaparkan

Check Bil Air Selangor Online via Portal Air Selangor

  1. Buka laman https://crisportal.airselangor.com
  2. Klik Pay
  3. Masukkan Nombor Akaun Air Check Bil Air Selangor Online
  4. Klik Seterusnya
  5. Info bil air akan dipaparkan secara terperinci

Itulah cara semak bil Air Selangor melalui online dan cara daftar Air Selangor, semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat.

Share

GB WhatsApp

athaya
2 min read

Whatsapp MOD Apk

athaya
2 min read

WhatsApp MOD iOS

athaya
1 min read