Untuk dapat menggunakan perkhidmatan air bersih dari SAJ Johor, Anda diminta membayar bil bulanan yang nilainya sesuai dengan penggunaan.
Sekarang, bayaran dan semak bil SAJ Johor boleh dibuat melalui online. SAJ Johor telah bekerjasama dengan banyak perkhidmatan sehingga pelanggan dapat bayar bil dan cek bil air lebih mudah dan pantas.
Berikut adalah pelbagai cara semak bil air online SAJ Johor yang perlu Anda ketahui.
Cara Daftar di Portal Ranhill SAJ
- Buka laman https://ranhillsaj.com.my
- Klik E-Billing
- Klik pautan/link New User? Register Now
- Account Number (Nombor Akaun) Contoh: 91234582-J25465432
- Name (Nama Anda sama seperti akaun)
- IC Number / Company Reg (Nombor Kad Pengenalan) Contoh: 710225012345
- E-mail Address (Alamat emel Anda)
- HP Number (Nombor Handphone Anda)
- Home Number (Nombor telefon rumah Anda, jika takde jangan di isi)
- Office Number (Nombor pejabat Anda, jika takde jangan di isi)
- Pilih Account Type, klik Submit
- Anda akan menerima email pengesahan dari SAJ. Sila klik link dalam email tu, untuk proses pengesahan untuk aktifkan akaun Anda.
Semak Bil Air Online SAJ Johor
Untuk check bil air online SAJ Johor, sila guna langkah di bawah:
- Buka laman https://ranhillsaj.com.my
- Klik E-Billing
- Masukkan Username dan Password, klik Sign In
- Anda akan di bawa ke halaman Dashboard SAJ
- Jika Anda mempunyai tunggakan atau bil, maklumat amaun akan di paparkan di bahagian Outstanding Balance
- Sila klik Pay Now untuk bayar bil air melalui online transfer
- Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.
- Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.
- Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.
Semak Bil Air SAJ Johor Online Guna mySAJ App
Muat turun aplikasi Ranhill SAJ secara percuma di Google Playstore dan App Store.
Aplikasi mySAJ ini boleh memenuhi kemudahan Anda seperti:
- Semak bil dan buat pembayaran secara online tanpa perlu ke kaunter bayaran.
- Dapatkan pengumuman terkini isu belakang air.
- Laporan berterusan mengenain paip pecah atau gangguan bejalan air di kawasan Anda.
- Semak dan kemaskini akaun bekalan air Anda dengan mudah.
Cara Mendaftar Melalui Aplikasi mySAJ
Selepas download aplikasi mySAJ di handphone Anda, sila ikuti langkah dibawah:
- Klik Register.
- Isikan semua maklumat dan klik Submit.
- Selesai pre-register dan Anda akan mendapat emel untuk membuat User dan Password untuk login.
- Buka emel dan tekan Click Here untuk membuat akaun login.
- Klik I Agree dengan syarat dan terma.
- Buat Username dan Password
- Klik Login untuk automatik masuk ke Login Page.
- Masukkan Username dan Password yang telah Anda buat, klik Sign in.
- Sekarang Anda boleh melihat sebarang maklumat di dashboard mySAJ
Cara Bayar Bil SAJ Johor Online
- Login aplikasi mySAJ.
- Klik Bill Information.
- Selepas melihat info bil Anda, klik Pay Bills untuk membuat pembayaran.
- Masukkan jumlah duit kemudian klik Pay Bill.
- Pilih bank Anda dan buat pembayaran menggunakan perbankan atas talian (FPX). Klik Proceed.
- Masukkan User ID akaun bank Anda dan klik Login.
- Pastikan Nombor Akaun Anda dan Jumlah bayaran adalah betul.
- Paparan skrin pengesahan pembayaran akan terlihat.
Terlupa Password mySAJ
Sekiranya Anda lupa password aplikasi mySAJ, sila ikuti langkah di bawah guna dapatkan semula account Anda.
- Klik Forgot Password
- Masukkan Nombor IC dan Nombor Akaun, klik Submit
- Emel akan dihantar kepada Anda. Klik Done
- Buka emel Anda dan klik Login untuk mengakses ebiling portal
- Tahniah, Anda berjaya.
Baca juga panduan cara semak bil TNB online guna aplikasi myTNB.
Petua Penjimatan Air
Sama seperti bil lain, jika digunakan secara berlebihan, bil air SAJ Johor juga boleh menjadi mahal. Untuk mengelakkannya, terdapat beberapa cara untuk menjimatkan air SAJ Johor:
- Matikan keran air semasa menggosok gigi dan mencuci muka. Kerana membiarkan air dari keran mengalir sambil menggosok gigi dan mencuci muka Anda akan habiskan air hingga 10 liter seminit.
- Cuba periksa kebocoran air. Kerana titisan air, walaupun kecil dan sikit, sebenarnya dapat menggunakan sekitar 9,000 liter per tahun.
- Tukar ke shower jika Anda sebelumnya menggunakan tab mandi.
Sila gunakan air dengan bijak, dengan begitu Anda juga turut serta dalam melindungi alam sekitar. Itulah cara semak bil online SAJ Johor dan petua untuk menjimatkan air SAJ Johor.