Semak Baki Akaun RHB Bank Online

Semak Baki Akaun RHB Bank Online

Sekarang Anda tidak perlu pergi ke ATM untuk semak baki akaun Bank RHB. Sebab Anda boleh check baki akaun RHB Bank secara online melalui mobile banking atau internet banking RHB Bank.

Aplikasi RHB Mobile Banking dan RHB Online Banking membolehkan Anda melakukan semak baki akaun Anda bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan catatan, Anda telah mengaktifkan akaun RHB Mobile Banking pada smartphone Anda.

Anda juga mesti pastikan bahawa telefon Anda mempunyai sambungan internet. Sebab check baki guna RHB Mobile Banking dan RHB Internet Banking memerlukan sambungan internet.

Check Baki Akaun RHB Bank Online

Anda mesti mempunyai akaun RHB online banking, sekiranya Anda belum mempunyai akaun tersebut sila baca panduan cara daftar RHB bank online banking.

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun RHB online banking, sila ikuti panduan dibawah untuk check baki RHB Bank secara online.

  1. Lawati https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, klik Next.
  3. Sahkan Secret Word, klik Yes.
  4. Masukkan Password, klik Next.
  5. Klik My Account > Savings.
  6. Info baki akaun bank Anda akan dipaparkan secara terperinci.

Semak Baki RHB Bank Guna RHB Mobile Banking

Semak Baki Akaun RHB Bank Secara Online

Sila muat turun aplikasi RHB Mobile Banking di App Store (iPhone) atau Google Play Store (Android) secara percuma.

Cara daftar RHB Mobile Banking.

  1. Muat turun aplikasi RHB Mobile Banking
  2. Klik Register Now
  3. Isikan butiran maklumat seperti nombor kad ATM Debit/ Credit, PIN ATM, Username, Password dan Secret Word.
  4. Klik Register.
  5. Selesai

Cara Semak Baki Akaun di RHB Mobile Banking.

  1. Buka aplikasi RHB Mobile Banking
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Maklumat baki akaun bank dapat Anda lihat di bahagian Savings (My Current Account)

Check Baki Akaun RHB Bank di ATM

Pergi ke mana-mana ATM RHB terdekat, jangan lupa bawa kad ATM Debit/Credit Anda.

  1. Masukkan Kad ATM dan 6 Digit PIN Anda
  2. Tekan Transaksi Lain/Other
  3. Tekan Maklumat Akaun/Account Summary
  4. Tekan Akaun Simpanan/Maklumat Baki
  5. Skrin ATM akan memaparkan maklumat baki akaun bank Anda.

Itulah langkah-langkah cara semak baki RHB Bank online, diharapkan maklumat yang kami share diatas boleh membantu Anda.

Share