Semak Baki Akaun Maybank Online

Semak Baki Akaun Maybank Online

Sebagai pelanggan Maybank, salah satu aktiviti urus niaga yang cukup mudah dilakukan adalah check baki akaun.

Anda memerlukan perkhidmatan ini untuk mengetahui berapa banyak duit dalam akaun.

Check baki akaun Maybank penting dilakukan, sebab jika ada orang lain yang transfer duit ke akaun Anda, Anda boleh langsung tahu bahawa duit tersebut telah masuk ke akaun Anda.

Selain check baki akaun, Maybank internet banking boleh melakukan aktiviti kewangan lain seperti bayar loan, top up kredit, pemindahan, transfer dan print penyata bank.

Ada 3 cara yang dapat Anda lakukan untuk semak baki akaun Maybank iaitu melalui laman web rasmi Maybank, aplikasi handphone dan ATM.

Semak Baki Akaun Maybank Online

Bagi Anda yang mahu check baki Maybank secara online boleh ikuti panduan dibawah:

  1. Lawati www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username Anda, klik Login.
  3. Klik Yes, jika Security Pharse yang terpapar merupakan kata keselamatan Anda.
  4. Masukkan Kata Laluan, klik Login.
  5. Klik menu Accounts untuk melihat baki akaun secara terperinci.

Jika Anda tidak mempunyai akaun Maybank online, boleh ikuti panduan cara daftar Maybank2u online.

Semak Baki Maybank Guna Aplikasi Maybank2u

Sebagai salah satu bank terbaik di Malaysia, Maybank menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu Anda melakukan aktiviti perbankan secara online melalui sambungan internet dan handphone Anda.

Aplikasi Maybank2u MY ini percuma dan boleh Anda dapatkan melalui online. Panduan cara install dan cara semak baki Maybank di handphone.

  1. Muat turun aplikasi Maybank2u MY di App Store atau Google Playstore.
  2. Buka aplikasi Maybank2u MY di telefon bimbit Anda.
  3. Masukkan Username dan Kata Laluan Anda.
  4. Tahniah, Anda dah berjaya log masuk.

Semak Baki Akaun Maybank di ATM

Mungkin sahaja ada sebahagian dari kita yang tak tahu nak cara cek baki akaun Maybank guna ATM.

Sila ikuti panduan dibawah ini untuk semakan baki akaun Maybank di ATM.

  1. Pergi ke mana-mana ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM/Debit.
  3. Masukkan PIN ATM.
  4. Pilih Pertanyaan Baki.
  5. Baki akaun Anda akan dipaparkan secara terperinci di skrin ATM.

Itulah senarai cara cek baki akaun Maybank guna ATM dan Maybank2u. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi customer service Maybank di nombor 1-300 88 6688 (Malaysia) +603-7844 3696 (Luar Negara).

Share