Semak Baki Akaun CIMB Bank

Semak Baki Akaun CIMB

Saat ini teknologi sudah canggih dan sepenuhnya digital, dunia perbankan juga memanfaatkan perkembangan teknologi dalam melayani pelanggannya.

CIMB Bank merupakan salah satu bank terbesar di Malaysia yang memanfaatkan perkembangan teknologi.

CIMB Clicks adalah Salah satu perkhidmatan terbaik yang dimiliki CIMB Bank. CIMB Clicks dapat membantu pelanggan melakukan aktiviti kewangan secara online, cepat dan pantas.

Aktiviti kewangan seperti transfer wang, topup, pembelian, bayar bil, semak baki dan cek penyata bank dapat dilakukan pada bila-bila masa tanpa ke ATM atau cawangan bank.

Cara Daftar CIMB Online

Sekarang check baki boleh dilakukan secara online, check baki akaun CIMB bank boleh menggunakan handphone, komputer, ipad atau laptop.

Sebelum Anda boleh melakukan semakan baki akaun CIMB bank, Anda mestilah mempunyai akaun yang berdaftar di perkhidmatan CIMB Clicks.

Sila baca panduan cara daftar CIMB Clicks yang telah kami kongsi sebelumnya.

Sekiranya Anda sudah mendaftar dan mempunyai akaun di CIMB Clicks, sila ikuti langkah dibawah untuk semak baki akaun CIMB bank online.

Semak Baki Akaun CIMB Online

CIMB Clicks atau CIMB bank online banking boleh diakses secara 24 jam, sehingga Anda boleh semak baki pada bila-bila masa. Cara login CIMB Clicks online banking untuk check baki akaun CIMB Bank mudah sangat, sila lakukan panduan dibawah:

  1. Pergi ke laman https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to CIMB Clicks.
  3. Pilih I Want to View My dashboard.
  4. Masukkan User ID.
  5. Check Secure Word, tandakan Yes, this is my SecureWord jika kata tersebut merupakan secure word milik Anda.
  6. Masukan Password.
  7. Klik Login.
  8. Klik My Accounts
  9. Tahniah, sekarang Anda sudah log masuk dan maklumat baki Anda akan terpapar secara terperinci.

Check Baki Akaun CIMB Guna Aplikasi CIMB Clicks

Aplikasi CIMB Clicks ini boleh di download secara percuma. Hanya dengan hujung jari dan menggunakan aplikasi CIMB Clicks dapat membantu Anda melakukan pelbagai aktiviti kewangan seperti check balance, transfer, topup, bayar bil dan check penyata bank.

  1. Muat turun aplikasi CIMB Clicks di Google Playstore (Android) atau App Store (iPhone).
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Klik My Accounts
  4. Maklumat baki Anda akan terlihat, klik baki untuk melihat maklumat lebih terperinci.

Check Baki Akaun CIMB Guna ATM

Cara check baki akaun CIMB bank guna ATM boleh dilakukan di mana-mana mesin ATM CIMB. Yang perlu Anda lakukan iaitu membawa kad ATM, seterusnya ikuti langkah dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih menu Check Balance/Maklumat Baki.
  4. Info baki akan dipaparkan di skrin ATM.

Itulah cara semak baki akaun CIMB Bank secara online dan melalui mesin ATM.

Share