Semak Baki Akaun BSN Saya Online dan SMS

Kemudahan perbankan internet BSN membolehkan pelanggan melakukan pelbagai transaksi di mana sahaja. Di era internet seperti sekarang, kemudahan ini menjadi kegemaran ramai orang.

Bagaimana tidak, dengan perbankan internet, Anda dapat melakukan hampir semua transaksi perbankan, bermula dari, transfer duit, cek baki akaun, pembayaran bil, belanja online, hingga pembayaran tagihan rutin hanya dari handphone.

Semak Baki Akaun BSN Saya

Adakah Anda telah memiliki akaun di BSN dan ingin mengetahui maklumat baki simpanan dengan cepat tanpa perlu beratur ke bank dan mesin ATM?

Sekarang semua perkhidmatan boleh di akses secara online sama ada melalui komputer atau telefon bimbit. Begitupun perkhidmatan perbankan Bank Simpanan Nasional, yang telah menyokong teknologi terkini.

Berikut kami kongsi bagaimana nak check baki akaun BSN saya secara online dan SMS.

Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan perbankan SMS banking Bank Simpanan Nasional, Anda mula-mula harus mendaftar dahulu. Ada 2 cara untuk mendaftar perbankan SMS iaitu melalui:

  • Kaunter BSN dan daftar disana
  • Daftar melalui mesin ATM BSN

Manfaat Guna Perbankan SMS BSN

Berikut adalah senarai manfaat dari perbankan SMS.

  • Melakukan perbankan Anda pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Tiada perlu lagi beratur di bank.
  • Anda boleh membayar bil dalam keselesaan di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana sahaja.
  • Transaksi yang selamat dan terjamin.

Syarat Kelayakan

Siapa yang layak menggunakan perkhidmatan perbankan SMS banking BSN ini?

Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:

  • Kad ATM BSN (Matrix / Matrix-i, GIRO / GIRO-i)
  • Memiliki telefon bimbit

Perkhidmatan Perbankan SMS BSN

  • Pertanyaan Baki.
  • Pindahan Dana (Sendiri/Pihak Ketiga).
  • Pembayaran Bil.
  • Tambah Nilai Prabayar.
  • Pembayaran Kad Kredit (Sendiri/Pihak Ketiga).
  • Pembelian SSP.
  • Pembelian PIN.

Cara Daftar Perbankan SMS Melalui ATM

Sila lawati ke mesin ATM terdekat dengan membawa kad ATM. Seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Masukkan kad ATM Anda.
  2. Masukkan PIN.
  3. Pilih menu Urusan Lain/Other.
  4. Pilih menu Perbankan SMS dan Pendaftaran.
  5.  Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, Anda akan menerima SMS dengan:
    i ) M-PIN (6 digit)
    ii) 2 digit UAC

Pengaktifan Perkhidmatan Perbankan SMS

Taip ACT<ruang>M-PIN<ruang>6 digit UAC (4 digit + 2 digit).

Hantarkan kepada BSN: SMS kod pendek (36898) atau kepada penyedia perkhidmatan telefon bimbit Anda:

  • 019-2866180 (Celcom)
  • 017-3776180 (Maxis)
  • 014-3386180 (DiGi)

Contoh: ACT 123456 889988 hantar ke 36898

Check baki akaun BSN melalui SMS boleh dilakukan dengan:

Taip BAL<jarak>M-PIN hantar ke 36898

Contoh: BAL 123456 hantar ke 36898

Kod Transaksi Perbankan SMS BSN

TransaksiKod Transaksi
Pembelian Top-UpTOPUP(jarak)M-PIN(jarak)kod.topup(jarak)no. penerima
Senarai Kod Top-UpLIST(jarak)TOPUP(jarak)NILAI
Pertanyaan BakiBAL(jarak)M-PIN
Pembayaran BilBILL(jarak)M-PIN(jarak)kod.bil(jarak)no.akaun.bil(jarak)amaun
Bayaran Kad Kredit BSNCARD(jarak)M-PIN(jarak)no.kad kredit(jarak)amaun
Kod Top-Up BilLIST(jarak)BIL
Pemindahan DanaTRF(jarak)M-PIN(jarak)akaun penerima(jarak)amaun
Pembelian PinPIN(jarak)M-PIN(jarak)kod.kursus(jarak)no.KP calon
Kod Senarai KursusLIST(jarak)PIN
Pembelian SSPSSP(jarak)M-PIN(jarak)amaun
Tukar BahasaCHG(jarak)LANG(jarak)M-PIN(jarak)bahasa.pilihan

Caj Perbankan SMS BSN

PERKHIDMATANCAJBUTIR-BUTIR
PendaftaranPercuma-
PengaktifanPercuma-
PenyelenggaraanRM0.50Tukar bahasa, Tukar M-PIN, Tukar nombor telefon bimbit, Tukar Had.
Pertanyaan BakiRM0.50Bagi setiap pertanyaan baki seterusnya dalam bulan yang sama.
Tambah Nilai PrabayarRM0.25Bagi setiap transaksi.
Pindahan DanaRM0.25Bagi setiap transaksi.
Pembayaran BilRM0.50Bagi setiap transaksi.
Pembelian PINRM0.50Bagi setiap transaksi.
Pembelian SSPRM0.25Bagi setiap transaksi.
Pembayaran Kad Kredit BSNRM0.50Bagi setiap transaksi.
Akaun Tak CukupRM0.50Bagi setiap transaksi yang berjaya.
Jawapan Silap MesejRM0.25Bagi setiap transaksi.
Pertanyaan BSN : SMSRM0.25Pertanyaan tentang: Pembelian Pin UPU, Tambah Nilai Prabayar dan format Pembelian SSP. Senarai Pembayaran Bil, Pembelian Pin UPU, Pembelian SSP dan Tambah Nilai Prabayar.

Semak Baki Akaun BSN Melalui Online

Dengan mempunyai perkhidmatan BSN online Anda boleh mendapat pelbagai kemudahan perbankan dalam keselesaan di rumah atau pejabat Anda sendiri.

Dengan Perbankan Internet myBSN, Anda boleh mengakses akaun BSN anda di mana sahaja Anda berada, bila-bila masa Anda mahu, hanya dengan satu klik.

Kelebihan myBSN

  • Menyemak baki, membayar bil, pindahan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan anda sendiri.
  • Tidak perlu lagi beratur di bank.
  • Transaksi dalam talian yang selamat.

Perkhidmatan BSN Online Banking

  • Pertanyaan Baki: Lihat baki akaun dan rekod transaksi (deposit/kad kredit/SSP) Anda.
  • Pemindahan Dana: Pindah dana kepada akaun BSN anda dan akaun BSN lain. Melalui GIRO Antara Bank (IBG), kami juga menyediakan pemindahan dana kepada akaun bank lain yang menyertainya; jadi kini Anda boleh membayar kad kredit, insurans dan pinjaman Anda tanpa gopoh-gapah.
  • Pembayaran Bil: Bayar bil anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  • Pembayaran Kad Kredit: Bayar Kad Kredit Anda atau kad kredit pihak ke-3.
  • Penukaran Pin Kad Kredit: Permohonan untuk tukar Pin Kad Kredit.
  • Kad Debit: Kemaskini limit pembelian, Kemaskini Status Urusan Luar Negara, Kemaskini Urusan Pembelian Online dan Lapor Kad Hilang / Dicuri.
  • Simpanan e-SSP: Simpan untuk masa depan Anda, dan menangi hadiah.
  • Pembelian PIN: Melanjut pengajian anda ke peringkat lebih tinggi? Beli no. ID unik atau no. PIN dalam talian. Hanya daripada BSN.
  • Tambah Nilai Prabayar: Tambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
  • Arahan Tetap: Mengurus pembayaran berkala Anda ke akaun BSN dan akaun di bank lain.
  • Pembayaran Pembiayaan: Anda boleh membuat pembayaran kepada semua akaun BSN Loan (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).
  • e-Penyata Muat turun: Muat turun penyata melalui online.
  • Permohonan Online: Permohonan e-Saver dan Permohonan untuk Kad Kredit.
  • Mesej Peti Masuk Terjamin: Mengarang dan menghantar mesej peti masuk terjamin untuk sebarang pertanyaan.

Syarat Kelayakan

  • Pemegang Akaun BSN dengan Kad ATM / Debit / Kredit BSN.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

Cara Mendaftar Akaun myBSN

Setelah Anda mengetahui manfaat, syarat dan kelebihan perbankan myBSN, sekarang waktunya Anda mendaftar secara online.

Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, Anda perlu pergi ke kaunter BSN dan daftarkan nombor telefon Anda dalam perkhidmatan Perbankan SMS BSN.

Sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari www.mybsn.com.my
  2. Klik Daftar/Register pertama kali
  3. Baca terma dan syarat dengan teliti. Skrol ke bawah & klik Accept.
  4. Masukkan Nombor Kad Debit / Kad Kredit, Nombor PIN (untuk Kad Debit sahaja), tarikh lupus dan CVV2.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan baru atau kad pengenalan lama atau nombor passpot.
  6. Masukkan nama pengguna Anda, kata laluan, dan mohon OTP (kata laluan sekali).
  7. Masukkan OTP (kata laluan sekali) dan pilih imej online Anda.
  8. Klik Login Kali Pertama dan masukkan butir-butir peribadi Anda.

Sila lihat panduan dengan gambar cara daftar BSN online pada link berikut cara daftar BSN online myBSN.

Semak Baki Akaun BSN Online

Selepas pendaftaran berjaya, langkah seterusnya iaitu melakukan semakan baki BSN online dengan cara:

  1. Layari www.mybsn.com.my
  2. Klik Log Masuk myBSN
  3. Masukkan Username, Password dan Imej Online.
  4. Pilih Menu Maklumat Akaun, lalu pilih Maklumat Baki.
  5. Maklumat baki akaun bank BSN Anda akan terlihat di skrin.

Semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.