Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online

Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online

Internet banking Bank Islam adalah perkhidmatan untuk transaksi perbankan melalui rangkaian internet.

Internet Banking menggunakan rangkaian internet sebagai perantara atau penghubung antara pelanggan dan bank tanpa pelanggan perlu pergi ke pejabat bank.

Pelanggan dapat menggunakan komputer desktop, laptop, tablet, atau telefon pintar yang terhubung ke internet sebagai penghubung antara peranti pelanggan dan sistem bank.

Kelebihan Bank Islam

Ciri perkhidmatan IB Bank Islam merangkumi maklumat umum mengenai simpanan/akaun semasa, akaun deposit, bank statement, transfer duit, pembelian kredit, perkhidmatan maklumat seperti kadar faedah dan kadar pertukaran, dan pembayaran telefon, pembayaran internet, TV kabel, elektrik dan pelbagai jenis pembayaran lain.

Cara Login Bank Islam

Cara login Bank Islam online mudah sahaja, pelanggan harus memiliki User ID, Password dan sambungan internet.

User ID dan kata laluan boleh diperoleh dengan mendaftar ke bank Islam.

Semasa menggunakan perbankan internet, pelanggan harus memastikan bahawa laman web yang diakses adalah laman web rasmi bank Islam, pelanggan akan diminta memasukkan User ID dan kata laluan di laman utama atau log masuk.

Semasa melakukan transaksi kewangan, pelanggan akan diminta memasukkan kod OTP yang diperoleh melalui SMS.

Bank Islam akan menghantar pemberitahuan melalui e-mel sebagai bukti bahawa transaksi tersebut berjaya.

Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online

Sila gunakan User ID dan Password untuk log masuk internet banking Bank Islam, dengan mengikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Buka laman https://www.bankislam.biz
  2. Klik Internet Banking Login
  3. Masukkan User ID dan Password
  4. Selepas berjaya masuk, sila klik Menu Account Summary atau Account Details untuk melihat maklumat baki Anda.

Tidak mempunyai akaun Bank Islam online? Sila baca panduan cara daftar bank Islam online.

Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui SMS

Bank Islam tidak menyediakan perkhidmatan SMS sehingga check baki Bank Islam melalui SMS tidak dapat dilakukan.

Lalu adakah cara semak baki guna telefon yang dapat digunakan? Tentu ada, sila gunakan aplikasi GO by Bank Islam.

Check Baki Akaun Bank Islam Online

GO by Bank Islam merupakan aplikasi mobile banking yang mempunyai pelbagai ciri untuk menyokong Anda melakukan aktiviti perbankan.

Ciri GO by Bank Islam

  • Quick Login: Anda dapat login aplikasi GO by Bank Islam dengan cepat dan pantas. Boleh guna Fingerprint.
  • Quick Balance: Anda dapat melihat baki akaun Bank Islam secara details.
  • Fund Transfer: IBG Transfer, Instant Transfer dan pelbagai keperluan transaksi boleh dilakukan dengan selamat dan cepat.
  • Pay to Billers: Bayar ansuran credit card, atau financing secara instan.
  • Prepaid Reload: Top up kredit telefon Anda guna GO by Bank Islam.
  • JomPAY
  • DuitNow
  • Tabung Haji
  • Dan lain-lain.

Langkah Check baki akaun Bank Islam Online guna GO by Bank Islam:

  1. Download GO by Bank Islam melalui Google Playstore (Android) atau App Store (iOS).
  2. Log masuk aplikasi GO by Bank Islam
  3. Pada laman utama, Anda dapat melihat maklumat baki Anda.
  4. Tap menu My Account/Account Summary untuk melihat lebih detail.

Itulah cara cek baki akaun Bank Islam secara online, semoga perkongsian diatas dapat bermanfaat.

Share