Lupa Username dan Password BSN Online

Lupa Username dan Password BSN Online

BSN menawarkan perkhidmatan online banking myBSN untuk memudahkan setiap pelanggan melakukan pelbagai transaksi kewangan secara online dan selamat.

Setiap pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan BSN internet banking secara percuma melalui laman rasmi portal mybsn.com.my

Sekarang ini ramai yang tertanya-tanya kenapa tak boleh log masuk myBSN. Boleh jadi kerana Anda salah masukkan username/password atau terlupa username/kata laluan BSN online sehingga Anda tak boleh login myBSN online banking.

Jika Anda mengalami masalah tersebut, sila ikuti panduan yang kami share di bawah.

Syarat Reset Username dan Password BSN Online

Senarai syarat di bawah ini diperlukan bagi proses dapatkan semula username dan password BSN online.

  • Kad Debit/Kad Credit
  • PIN Kad Debit/Kad Credit
  • Nombor Handphone yang telah berdaftar BSN online

Reset Password BSN Online

Jika Anda telah siapkan senarai syarat diatas, sila ikuti panduan di bawah untuk dapatkan semula Username dan Password myBSN internet banking.

  1. Sila lawati laman myBSN Internet Banking
  2. Klik pautan Forgot Password Lupa Username dan Password myBSN
  3. Masukkan Username Anda
  4. Masukkan No. Kad Debit/Credit (No. Kad Debit/Credit merupakan 16 digit nombor di bahagian depan kad Debit/Credit)
  5. Masukkan No. CVV (No. CVV merupakan 3 digit nombor di belakang kad Debit/Credit)
  6. Masukkan Expiry Date Kad
  7. Masukkan New IC Number atau Old IC atau Passport Number atau Military No.
  8. Klik butang Submit. Reset Password BSN Online
  9. Masukkan kata laluan atau password baru di bahagian New Password. (Password mestilah mengandungi huruf besar, huruf kecil dan simbol)
  10. Masukkan semula kata laluan atau password baru di bahagian Confirm New Password.
  11. Klik Request OTP. Klik Confirm.
  12. Masukkan kod OTP yang telah dihantar melalui SMS ke nombor handphone Anda.
  13. Klik Submit.
  14. Tahniah, password Anda berjaya di tukar.

Sila cuba login BSN online myBSN untuk pastikan Anda betul-betul dah boleh log masuk dan boleh gunakan perkhidmatan perbankan.xyz BSN online banking.

Lupa Username BSN Online

Jika Anda terlupa username BSN online, Anda perlu menghubungi call centre myBSN di nombor 1300 88 1900 atau 03 26131900 nombor ni dah ada di belakang kad ATM Anda.

Sila call dan bagi tahu bahawa Anda ingin dapatkan semula username BSN online, pegawai BSN akan senang bantu Anda.

Setelah Anda mendapatkan username, sila cuba log masuk akaun myBSN untuk pastikan bahawa username tersebut adalah betul milik Anda.

Share