Lupa Password BSN Internet Banking

Lupa Password BSN Internet Banking

BSN internet banking (myBSN) boleh membantu pelanggan check baki akaun BSN, transfer duit ke akaun bank BSN atau bank lain tanpa perlu pergi ke ATM atau pejabat BSN.

Sekiranya Anda menggunakan myBSN, Anda dapat check statement akaun bank dan membuat pelbagai jenis pembayaran seperti bayar bil air, bayar bil elektrik, topup kredit, bayar loan dan lain-lain.

Untuk menjadikan transaksi perbankan lebih berkesan dan selamat, Bank BSN selalu menghadirkan ciri-ciri terbaik.

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan myBSN sehingga tak boleh log masuk, apa perlu buat ?

Lupa kata laluan perbankan internet BSN sudah biasa terjadi, jadi Anda jangan risau! Kerana proses reset kata laluan myBSN online banking mudah sangat.

Ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk dapatkan semula internet banking BSN Anda.

Syarat Reset Password myBSN

Senarai syarat dibawah ini diperlukan guna dapatkan semula password myBSN Anda.

  • Mempunyai Debit Card/Credit Card
  • Mempunyai Nombor Telefon Aktif yang berdaftar di BSN untuk menerima OTP
  • Mempunyai IC atau Kad Pengenalan

Lupa Password BSN Internet Banking

Sila gunakan ciri reset password atau forgot password untuk dapatkan semula akaun internet banking BSN Anda.

Ikuti langkah dibawah ini guna dapatkan semula akaun myBSN Anda.

  1. Lawati www.mybsn.com.my
  2. Klik Forgot Password.
  3. Sila masukan butiran info seperti Username. Lupa Kata Laluan BSN Internet Banking
  4. Masukkan No Debit Card/Credit Card.
  5. Masukkan CVV (CVV merupakan no 3 digit yang dicetak di ruang tandatangan di bahagian belakang kad Debit Card/Credit Card)
  6. Masukkan Expiry Date: Bulan dan Tahun kad Debit Card/Credit Card.
  7. Masukkan IC Number.
  8. Klik Submit.
  9. Seterusnya Anda akan dibawa ke laman untuk buat password BSN internet banking baru.
  10. Paparan akan menunjukkan ID Username Anda, pastikan username tersebut betul milik Anda.
  11. Masukkan password baru (New Password). Contoh: Rainbow123#
  12. Masukkan semula Password baru (Confirm Password).
  13. Klik Request OTP, masukkan OTP di bahagian OTP Number.
  14. Klik Submit, tahniah Anda berjaya tukar kata laluan BSN internet banking myBSN.

Tak Boleh Login BSN Online

Sekiranya Anda mendapat masalah seperti tak boleh log masuk BSN online banking myBSN, boleh jadi akaun BSN online Anda disekat.

Pastikan cara login BSN online yang Anda lakukan betul. Jika masih tak boleh login BSN online sila hubungi customer service BSN di 1300881900 atau +603-2613 1900 (Luar negara) untuk selesaikan masalah.

Kami syorkan Anda untuk check nombor telefon Anda, pastikan nombor telefon yang berdaftar di BSN online banking aktif untuk menerima kod OTP di masa hadapan.

Sekiranya Anda mahu kemaskini no telefon BSN sila ikuti panduan cara tukar nombor telefon bank BSN yang telah kami share.

Itulah cara dapatkan semula akaun myBSN, jika Anda terlupa password.

Share