Lupa Nombor Akaun Bank BSN

Lupa Nombor Akaun Bank BSN

Saya terlupa no account Bank BSN, macam mana cara dapatkan semula? Ramai yang dapat masalah macam tu, tapi tenang je kami akan kongsi bagaimana cara dapatkan semula nombor akaun BSN dengan pelbagai cara.

Nombor akaun BSN penting sangat, sebab no akaun merupakan identiti rekening Anda. No akaun bank BSN digunakan untuk membezakan antara satu akaun dengan akaun lainnya.

Jadi nombor akaun bank tak mungkin pernah sama. Sekiranya Anda mahu transfer duit kepada orang lain, pasti perlu nombor akaun bank BSN atau orang lain nak transfer duit kepada kita korang, Anda mestilah bagi nombor akaun bank BSN Anda.

Cara Ketahui No Akaun Bank BSN

Bagi Anda yang terlupa no account bank BSN, jangan risau sila ikuti panduan dibawah ini untuk dapatkan semula no akaun Anda.

Ada 5 cara yang boleh Anda cuba untuk dapatkan semula no akaun BSN Anda. Berikut cara yang paling mudah dan cepat berjaya.

Check No Akaun BSN di ATM

Bukan sahaja tempat untuk tarik duit, ATM dapat digunakan untuk check no akaun BSN Anda.

Berikut langkah-langkahnya:

  1. Masukkan Kad ATM Debit/Credit
  2. Masukkan PIN
  3. Tekan Penyata/Statement
  4. Sila print penyata mini bank BSN untuk check no akaun bank BSN Anda.

Semak No Akaun BSN di myBSN

Adakah Anda sudah akaun berdaftar di internet banking myBSN? Sekiranya Anda belum mempunyai akaun myBSN, kami syorkan Anda untuk mendaftar segera.

Baca panduan cara daftar myBSN online yang telah kami share. Jika Anda telah mempunyai akaun myBSN sila ikuti langkah dibawah:

  1. Lawati www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username
  3. Masukkan Password
  4. Selepas Anda berjaya log masuk, lihat pada bahagian My Accounts. Anda dapat temukan info nombor akaun BSN Anda.

Cara Check No Akaun BSN di Buku Simpanan

Setiap pelanggan yang mendaftar akaun Bank BSN mestilah mempunyai buku simpanan atau buku bank.

Buku bank digunakan untuk cetak transaksi kewangan yang telah terjadi di akaun BSN. Jika Anda teliti, Anda dapat menemukan info no akaun bank BSN pada bahagian muka buku.

Cara Dapatkan No Akaun BSN di Pejabat Bank

Pejabat bank BSN boleh membantu Anda untuk pelbagai urusan kewangan seperti transfer, bank in, print penyata Bank BSN dan cek no akaun bank BSN.

Sila lawati pejabat Bank BSN berhampiran dengan membawa kad pengenalan atau IC, cakap ke bahagian customer service bahawa Anda ingin dapatkan no akaun bank BSN.

Pegawai bank akan senang membantu Anda.

Customer Service Bank BSN

Tidak punya waktu untuk pergi ke pejabat bank? Tak apalah. Customer service Bank BSN akan membantu Anda dapatkan semula no account BSN.

Sila hubungi +60 3-2613 1900, siapkan maklumat nama ibu, kad pengenalan dan kad ATM (optional). Bagitahu pegawai bank bahawa saya terlupa akaun BSN dan tolong bagitahu no akaun BSN saya.

Pegawai bank akan tanya nama ibu Anda dan nombor kad pengenalan Anda, selepas itu sila tunggu sebentar. Pegawai Bank BSN akan bagitau no akaun Anda.

Itulah pelbagai cara yang boleh Anda cuba, sila gunakan cara yang paling mudah dan cepat untuk dapatkan semula no akaun BSN Anda.

Share