Lupa No Akaun CIMB Bank

Setiap pelanggan CIMB Bank pasti akan mendapatkan buku bank, kad ATM dan nombor akaun CIMB Bank. Buku Bank digunakan untuk mencatat setiap transaksi yang berlaku, seperti transaksi duit masuk dan keluar.

Kad ATM digunakan untuk melakukan pelbagai aktiviti kewangan seperti ambil duit di mesin ATM, bayar belanja, dan pelbagai kegiatan lainnya.

Untuk dapat melakukan proses transaksi transfer duit, pelanggan mestilah mengetahui no account milik peribadi.

Sehingga, jika ada orang lain yang ingin transfer duit kepada Anda, Anda perlu bagi tahu orang tersebut nombor akaun CIMB Anda.

Macam mana jika saya lupa no akaun CIMB bank dan adakah cara yang mesti dilakukan untuk dapatkan semula nombor akaun CIMB Bank saya?

Dibawah adalah senarai cara dapatkan no akaun CIMB Bank.

Cara Dapatkan No Akaun CIMB Bank di ATM

  1. Pergi ke mana-mana ATM CIMB Bank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih Others.
  4. Pilih Statement Service/Penyata Bank.
  5. Pilih Mini Statement.
  6. Print Mini Statement untuk dapatkan nombor akaun CIMB Bank Anda.

Baca panduan cara dapatkan penyata CIMB Bank online.

Cara Dapatkan No Akaun CIMB Bank Guna CIMB Clicks

Bagi Anda yang ingin menggunakan cara dibawah ini, Anda mesti mempunyai akaun CIMB Clicks yang telah berdaftar.

Sekiranya Anda tak mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara buat CIMB Clicks online.

  1. Log masuk CIMB Clicks.
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Klik My Accounts untuk melihat nombor account Anda.

Cara Dapatkan No Akaun CIMB Bank Guna Buku Bank

Pastilah semua orang yang mempunyai akaun CIMB Bank akan mendapatkan buku bank atau buku simpanan.

Sekiranya Anda terlupa nombor akaun CIMB Bank, Anda boleh dapatkan semula no account CIMB Bank dengan melihat pada bahagian muka buku bank.

Cara Dapatkan No Akaun CIMB di Pejabat CIMB Bank

Takde Buku Bank, Kad Debit, dan CIMB Clicks sebab hilang? Langkah terakhir ini boleh Anda lakukan dengan pergi ke mana-mana cawangan CIMB Bank terdekat.

Sila bawa kad pengenalan dan bagi tahu pegawai bank bahawa Anda ingin buat buku bank dan kad debit ATM baru. Anda dapat melihat maklumat no akaun bank Anda di buku bank tersebut.

Itulah pelbagai cara dapatkan semula nombor akaun CIMB Bank, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.