Download Video TikTok Tanpa Watermark

Posted on

Cara download video TikTok tanpa watermark adalah salah satu kaedah yang paling banyak dicari, terutamanya bagi mereka yang menyukai video menarik dari aplikasi TikTok.

Aplikasi TikTok sentiasa menyajikan pelbagai jenis video menarik di dalamnya. Sejak penubuhannya pada 2016, TikTok sangat popular dan telah menarik ramai peminat.

Sekarang ini TikTok telah digunakan oleh 750 juta pengguna, yang mana pengguna ini datang dari negara di seluruh dunia.

Ada banyak pengguna yang mencari kaedah bagaimana nak muat turun video tanpa watermark secara percuma.

Sebenarnya, TikTok sendiri telah menambah ciri untuk memuat turun video. Walau bagaimanapun, video yang dimuat turun mempunyai watermark.

Bagi Anda yang ingin mengetahui cara save video TikTok tanpa watermark, boleh cuba senarai web dan aplikasi di bawah ini.

Download Video TikTok Tanpa Watermark Melalui Laman Web

Anda perlu tahu bahawa cara muat turun video TikTok tanpa watermark menggunakan laman web adalah kaedah yang paling banyak digunakan.

Kerana melalui laman ini, pengguna tidak perlu muat turun aplikasi TikTok Downloader ke peranti yang mereka gunakan.

1. SnapTik.App

SnapTik

Sebahagian daripada kita terutamanya yang gemar memuat turun video dari aplikasi TikTok pasti sudah tahu dengan laman web ini.

SnapTik.App ialah laman web yang boleh Anda gunakan untuk download video daripada aplikasi TikTok tanpa watermark.

Fungsi yang sangat baik dan proses muat turun video yang sangat pantas, menjadikan SnapTik.App sebagai laman web terbaik.

Bagi Anda yang ingin mencuba save video TikTok melalui laman web ini, Anda boleh langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi TikTok, pilih perkongsian dan pilih copy link.
  2. Buka SnapTik.app dan tampal/paste pautan URL.
  3. Tunggu video dikenal pasti secara automatik.
  4. Kemudian klik butang Muat Turun/Download Video ke peranti, dengan cara ini video tidak akan mempunyai watermark.

2. SSSTikTok

SSSTikTok

SSSTikTok ialah laman web online yang boleh Anda gunakan untuk memuat turun video TikTok tanpa tera air. Alamat halaman web di ssstik.io

Laman web ini sememangnya sangat popular dan banyak digunakan oleh orang yang ingin save video TikTok.

Selain itu, proses memuat turun video TikTok melalui laman web ini sangat pantas, jadi Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk dapatkan video yang Anda inginkan.

Bagi Anda yang ingin memanfaatkan laman web ini tetapi keliru macam mana cara menggunakannya, maka Anda boleh mengikuti tutorial di bawah:

  1. Lawati laman web sssTikTok.io
  2. Buka aplikasi TikTok. Kemudian navigasi dan pilih video aplikasi TikTok yang Anda mahu muat turun dan klik copy link.
  3. Tampal pautan/link video, kemudian klik butang Download.
  4. Tunggu beberapa minit, kemudian laman web akan menawarkan Anda dua pilihan. Muat turun dengan watermark dan tanpa watermark.
  5. Tentukan pilihan yang Anda mahu dan klik butang Download.
  6. Selepas proses muat turun selesai, video Anda akan tersedia dalam folder Download pada telefon bimbit atau laptop Anda.

3. MusicallyDown

MusicallyDown

MusicallyDown ialah TikTok downloader berasaskan web yang boleh Anda akses dari mana-mana sahaja untuk memuat turun video TikTok tanpa watermark.

Setakat ini, ini adalah cara paling mudah untuk memuat turun video TikTok tanpa tera air online. Video yang dimuat turun akan disimpan terus dalam memori telefon atau komputer Anda. Folder storan bergantung pada penyemak imbas yang Anda gunakan.

Berikut ialah cara memuat turun video TikTok tanpa watermark secara online dengan MusicallyDown:

  1. Buka laman web musicaldown.com
  2. Kemudian buka aplikasi TikTok dan cari video yang Anda mahukan dan pilih copy link.
  3. Kembali ke MusicallyDown sekali lagi dan tampal pautan ke dalam ruangan yang sedia ada.
  4. Kemudian klik butang Download dan pilih format muat turun, selepas itu proses akan bermula.
  5. Tunggu sahaja muat turun selesai dan Anda akan mempunyai video Tik Tok dalam kualiti HD dan tiada tera air.

4. Tikmate.online

Tikmate online

TikMate adalah laman web yang boleh Anda gunakan untuk memuat turun video yang terkandung dalam aplikasi TikTok.

Sama seperti laman web sebelumnya, TikMate jugak mempunyai fungsi muat turun video yang sangat baik.

  1. Pilih video yang ingin Anda download lalu klik pada butang Share yang terdapat di bahagian kanan bawah.
  2. Buka https://tikmate.online
  3. Paste pada ruangan yang ada di laman tikmate lalu klik Search.
  4. Klik icon Download.
  5. Selesai.

Untuk makluman, senarai laman web diatas mempunyai aplikasi yang boleh Anda muat turun di Google Playstore atau App Store. Jadi jika Anda mahu save video TikTok di smartphone Anda boleh gunakan aplikasi tersebut tanpa perlu membuka penyembak imbas.