CIMB Clicks Tak Boleh Login

CIMB Clicks Tak Boleh Login

CIMB Clicks merupakan perkhidmatan internet banking yang disediakan oleh CIMB Bank untuk menyokong transaksi secara online. CIMB Clicks boleh diakses 24 jam sehari menggunakan peranti laptop, iPad, dan handphone.

Bagi Anda yang mempunyai handphone Smartphone Android dan iPhone dapat muat turun aplikasi CIMB Clicks di Google Playstore dan App Store secara percuma.

Sekiranya Anda belum mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara daftar CIMB Clicks online yang telah kami share.

Jika Anda adalah pelanggan lama CIMB Clicks dan mendapat masalah CIMB Clicks tak boleh login sila baca panduan cara unblock CIMB Clicks dibawah.

Kenapa CIMB Clicks Tak Boleh Login

Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan internet banking CIMB Clicks tak boleh login.

Tentu sahaja hal tersebut membuat Anda tidak dapat mengakses dan bertransaksi melalui CIMB Clicks.

Adakah salah satu masalah dibawah ini berlaku kepada Anda?

CIMB Clicks Tak Boleh Login Selepas Tukar Kad Baru

Sekiranya Anda telah menukar kad lama dengan kad ATM baru dan Anda mencuba log masuk CIMB Clicks tak boleh login. Sila kemaskini data Anda secara online.

  1. Buka CIMB Clicks
  2. Masukkan User ID dan Password lama Anda, klik Login.
  3. Info pop up akan keluar di skrin, bahawa Anda telah tukar kad.
  4. Sila masukkan no kad baru Anda dan no PIN ATM.
  5. Tandakan bersetuju pada kota Terms & Condition. Klik Next
  6. Tahniah, sekarang Anda boleh log masuk CIMB

CIMB Clicks Tak Boleh Login Kerana Akaun Terminate

Sila cuba cara login CIMB Clicks online banking menggunakan laptop atau komputer seterusnya ikuti panduan dibawah:

  1. Buka laman www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks
  3. Klik Forgot User ID dan Password
  4. Pilih kad debit atau kad ATM
  5. Masukkan maklumat seperti Nombor Kad 16 digit dan PIN ATM
  6. Masukkan dan sahkan kata laluan baru Anda
  7. Request TAC dan masukkan kod TAC

Sekiranya cara yang dinyatakan diatas tak berjaya, sila pergi ke cawangan CIMB Bank terdekat untuk selesaikan masalah bersama pegawai bank.

CIMB Clicks Tak Boleh Login Kerana Invalid Username dan Password

  1. Klik https://www.cimbclicks.com.my/clicks
  2. Klik Forgot User ID dan Password
  3. Pilih kad debit atau kad ATM
  4. Masukkan Nombor Kad 16 digit dan PIN ATM
  5. Masukkan dan sahkan password baru Anda
  6. Request TAC dan masukkan TAC
  7. Tahniah, sekarang Anda boleh log masuk semula

CIMB Clicks Kena Block

Sila hubungi customer service CIMB Bank di nombor +60362047788, bagi tahu pegawai bank bahawa Anda ingin aktifkan semula CIMB Bank Anda.

Atau pergi ke cawangan CIMB Bank terdekat untuk selesaikan masalah Anda.

Itulah pelbagai cara perbaiki masalah CIMB Clicks tidak boleh login.

Share