Cara Tukar Nombor Telefon BSN

Cara Tukar Nombor Telefon BSN

Untuk memenuhi permintaan gaya hidup moden dan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan, Bank BSN menyediakan perkhidmatan Internet Banking yang dapat diakses oleh pelanggan 24 jam melalui jaringan internet untuk memenuhi keperluan mobilitas transaksi perbankan Anda dalam keadaan pantas, selamat dan selesa.

Kecanggihan teknologi perbankan internet BSN Bank disokong oleh teknologi keselamatan terbaik untuk melindungi Anda dari segala bentuk jenayah.

Anda boleh membuat transaksi di myBSN dengan selesa tanpa sebarang kerisauan atau keraguan.

Kemaskini no telefon BSN mesti dilakukan supaya Anda dapat selalu mendapatkan info terkini mengenai perbankan BSN.

Sekiranya Anda mendapat masalah seperti kehilangan handphone, nombor telefon Anda disekat atau Anda menggunakan nombor telefon baru. Kami syorkan Anda untuk segera mengemaskini nombor telefon baru Anda.

Selain itu, kemaskini nombor telefon BSN diperlukan untuk kegunaan TAC perbankan internet myBSN sehingga transaksi kewangan Anda boleh terus berjaya.

Syarat Tukar No Telefon BSN

Berikut syarat yang mesti ada untuk kemaskini nombor telefon BSN di cawangan bank BSN:

  • Kad ATM Debit/Credit.
  • Buku Bank.
  • Kad Pengenalan.
  • Nombor Telefon baru.
  • Duit jika diperlukan

Cara Tukar Nombor Telefon BSN

Urusan pertukaran nombor telefon bagi kegunaan myBSN atau BSN online banking hanya boleh dilakukan melalui kaunter cawangan BSN.

Sila bawa senarai syarat yang dinyatakan diatas.

  1. Pergi ke mana-mana cawangan bank BSN terdekat.
  2. Bagitahu pegawai bank BSN bahawa Anda mahu kemaskini nombor telefon BSN.
  3. Berikan dokumen yang diperlukan kepada pegawai bank.
  4. Tunggu beberapa minit, no telefon BSN Anda berjaya di kemaskini.

Cara Tukar No Telefon BSN di ATM

Sekarang pelanggan tidak dibenarkan untuk tukar nombor telefon BSN di mesin ATM. Maklumat ini berdasarkan info rasmi dari Bank BSN.

Jika sebelumnya Anda telah tukar nombor telefon di ATM BSN, sila pergi ke mana-mana cawangan bank BSN berhampiran untuk mengemaskini nombor telefon baru Anda.

Maklumat lanjut boleh hubungi customer service Bank BSN di no 1300881900.

Itulah panduan cara tukar nombor telefon Bank Simpanan Nasional terkini yang mesti Anda ketahui.

Semoga perkongsian yang dinyatakan diatas dapat membantu selesaikan masalah Anda.

Share