Cara Login RHB Online Banking

Untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan dan memenuhi keperluan pelanggan, RHB Internet Banking / RHB Online Banking dilengkapi dengan ciri yang lebih lengkap.

Bermula dari pemindahan berjadual, cetak penyata bank, pemindahan, pembayaran pinjaman dan pelbagai perkhidmatan lain yang boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kelebihan RHB Bank Online

  • Boleh diakses melalui PC / Laptop dan Handphone / Smartphone dengan menaip alamat URL Perbankan Internet RHB https://logon.rhb.com.my
  • Boleh membuat transaksi transfer duit.
  • Cetak Penyata Bank.
  • Pembayaran Bil
  • Check Baki Akaun
  • Top up
  • Dan lain-lain.

Cara Login RHB Online Banking

Selepas Anda mengetahui kelebihan RHB Bank Online, Anda mungkin ingin cuba untuk log masuk RHB online banking.

Sebelum log masuk, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar yang telah aktif RHB online.

Jika Anda belum mempunyai akaun tersebut, sila baca panduan cara daftar RHB Bank online banking.

Bagi Anda yang telah mempunyai akaun RHB online banking, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Buka link https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, klik butang Next.
  3. Sahkan Secret Word masukkan Password. Klik Login.
  4. Tahniah Anda berjaya log masuk internet banking RHB.

Sekarang Anda boleh membuat urus niaga secara online, sila cuba check baki akaun RHB Bank online untuk melihat baki akaun Anda secara terperinci.

Cara Login RHB Mobile Banking

RHB Bank melancarkan aplikasi mobile banking yang boleh Anda muat turun secara percuma. Bagi Anda pengguna handphone Android boleh muat turun di Google Playstore dan bagi pengguna iPhone boleh muat turun di App Store.

  1. Buka aplikasi RHB Mobile Banking.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Sekarang Anda telah berjaya log masuk.

Tak Boleh Log Masuk RHB Online

Apabila Anda mendapat masalah tak boleh login RHB Bank online, sila cuba cara di bawah untuk selesaikan masalah Anda.

  1. Hapus Cache dan Hapus Data di bawah maklumat aplikasi perbankan mudah alih RHB.
  2. Pastikan tidak ada spasi/jarak di nama pengguna yang dimasukkan dan fungsi auto-correct.
  3. Lakukan uninstall dan pasang semula aplikasi.
  4. Semoga ini dapat membantu.

Jika masalah Anda belum selesai, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan RHB Bank di talian 03-9206 8118 dan RHB Bank akan membantu Anda.