Cara Login Public Bank Online

Cara Login Public Bank Online

Kewujudan perbankan internet pada era ini terbukti dapat memudahkan banyak orang melakukan transaksi secara online.

Terutama bagi Anda yang gemar berbelanja di shoppe atau lazada. Atau bagi Anda yang mempunyai kedai online. Sudah tentu Anda sangat memerlukan internet banking untuk menjalankan perniagaan online.

Salah satu perbankan internet yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah Public Bank. Ramai orang gembira dengan perbankan internet ini.

Walau bagaimanapun, adakah Anda tahu bagaimana nak login Publick Bank online yang betul dan selamat? Berikut kami kongsi cara log masuk akaun Public Bank online di Pbebank.com

Cara Login Public Bank Online

Bagi Anda yang tidak mempunyai User ID dan Password sementara, sila baca panduan cara daftar Public Bank online untuk dapatkan User ID dan Password sementara.

User ID dan Password sementara digunakan untuk login pertama kali atau First Time Login.

Sekiranya Anda sudah mempunyai User ID dan Password sementara, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk log masuk akaun Pbebank online banking.

  1. Anda hanya boleh login selepas berjaya daftar Public Bank online banking
  2. Buka laman https://www.pbebank.com
  3. Klik Login. Pilih PBe.
  4. Pada ruangan Login to PBe, sila masukkan User ID (sementara) yang Anda dapatkan melalui mesin ATM atau kat cawangan Public Bank. Klik Next.
  5. Masukkan Password (sementara) yang juga Anda dapatkan melalui mesin ATM atau kat cawangan Public Bank. Klik Login.
  6. Baca Terma dan Syarat dengan teliti. Scroll ke bawah dan klik Accept.
  7. New User ID : Masukkan User ID Baru yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda. Contoh Ahmad123
  8. New Password : Masukkan Password/Kata Laluan yang Anda ingin gunakan untuk akaun Anda. Contoh Pandai321
  9. Confirm New Password : Masukkan sekali lagi password yang Anda ingin gunakan.
  10. Memorable Question : Pilih soalan yang Anda ingin gunakan sebagai backup sekiranya Anda terlupa User ID atau Password/Kata Laluan.
  11. Memorable Answer : Masukkan jawapan Anda untuk soalan tersebut.
  12. Personal Login Phrase : Masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang Anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda.
  13. Personal Login Phrase / PLP : iaitu frasa khusus yang wujud untuk mengesahkan bahawa akaun PBebank yang Anda cuba untuk login itu adalah betul-betul akaun Anda.
  14. Email Address (Optional) : Masukkan alamat email Anda. Klik Submit.
  15. Anda akan keluar daripada akaun Anda secara automatik setelah User ID dan Password yang Anda cipta berjaya diproses.
  16. Sila login semula ke akaun PBe Anda menggunakan User ID dan Password yang baru.

Cara Login Public Bank Online Guna PB engage

  1. Muat turun aplikasi PB engange MY di Google Playstore/App Store/AppGallery.
  2. Buka Aplikasi PB engange MY.
  3. Masukkan User ID.
  4. Sahkan Personal Login Pharse (PLP).
  5. Masukkan Password.
  6. Daftarkan peranti/handphone Anda dengan memasukkan PBe Authentication Code (PAC) atau SecureSign Code.
  7. Daftar Soalan Cabaran PBe (hanya berlaku untuk pengguna PBe baru)
  8. Aktifkan Quick Balance (pilihan)
  9. Aktifkan DuitNow QR (pilihan)
  10. Setelah selesai, Anda akan dapat mengakses akaun Anda.

Selepas Anda mempunyai akaun berdaftar Public Bank online, sila cuba semak baki akaun Public Bank Anda untuk mengetahui maklumat baki akaun terkini.

Itulah panduan cara login Public Bank online, sekiranya Anda mempunyai soalan atau masalah sila hubungi customer service Public Bank di nombor 603-2179 9999.

Share