Cara Login CIMB Bank Online

Cara Login CIMB Bank Online Banking

CIMB Bank internet banking atau CIMB Clicks online banking adalah perkhidmatan yang banyak digunakan oleh pelanggan CIMB Bank. CIMB Clicks mempunyai banyak faedah. Terutama untuk menyokong sejumlah transaksi yang sekarang banyak dilakukan secara online.

Cara menggunakan CIMB Clicks sangat mudah. Anda, sebagai pengguna, hanya perlu log masuk ke akaun CIMB Clicks yang telah berdaftar. Kemudian pilih menu pembayaran yang Anda mahukan. Seperti, membayar bil elektrik, top up kredit dan lainnya.

Untuk dapat memanfaatkan perkhidmatan ini, pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu.

Syarat Mendaftar CIMB Clicks

Senarai syarat yang dipaparkan dibawah ini mesti Anda miliki, sehingga proses cara buat online banking CIMB bank dapat berjaya.

  • Mempunyai Kad ATM CIMB Bank
  • Mempunyai akaun CIMB Bank
  • Mempunyai E-PIN dan nombor telefon berdaftar di CIMB Bank

Cara Daftar Nombor Telefon dan Dapatkan E-PIN

Panduan cara daftar nombor telefon CIMB bank dan dapatkan E-PIN untuk mendaftar online banking CIMB mudah sangat. Sila ikuti langkah dibawah ini:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB yang berfungsi dan masukkan kad ATM Anda.
  2. Masukkan kad ATM dan 6 digit PIN Anda.
  3. Tekan menu Others.
  4. Tekan menu CIMB Clicks, kemudian diikuti dengan TAC Registration.
  5. Masukkan E-PIN/ATM PIN Anda.
  6. Daftarkan Nombor Telefon Anda.
  7. Ambil resit/slip yang keluar dari mesin ATM.

Cara Daftar CIMB Clicks

Cara daftar CIMB Clicks online banking boleh dilakukan setelah Anda mempunyai E-PIN dan nombor Anda telah berdaftar di CIMB Bank. Seterusnya lakukan langkah dibawah:

  1. Buka link laman https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik pada Register for CIMB Clicks.
  3. Pilih produk CIMB ATM, DEBIT & CREDIT CARD.
  4. ATM/Debit/Credit Card Number: Masukkan debit 16 digit nombor ATM CIMB Anda.
  5. ATM PIN: Masukkan nombor E-PIN/ATM PIN.
  6. Enter text as per above: Masukkan kata ata gambar yang dipaparkan.
  7. Tandakan bersetuju Terms & Conditions. Klik Next.
  8. One Time Activation Code kod ini akan dihantar melalui SMS ke telefon nombor telefon Anda.
  9. Masukkan no One Time Activation Code. Klik Continue
  10. ID: Masukkan User ID yang Anda mahu dan mudah diingat.
  11. Password, masukkan password yang Anda ingin. Password yang Anda cipta mesti mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol, sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara) contoh Ahmed456!
  12. Re-enter Password: Masukkan semula Password.
  13. Mother’s Maiden Name: Masukkan nama ibu Anda.
  14. Email Address: Masukkan alamat emel Anda.
  15. Create Your Secure Word: Masukkan apa sahaja kata keselamatan. Contoh Resepi Sedap
  16. Enter Your Introducer’s Details tidak perlu diisi (optional).
  17. Klik I agree & submit.
  18. Pendaftaran CIMB Clicks berjaya.

Cara Login CIMB Bank Online

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun CIMB Clicks, sekarang cuba lah untuk log masuk CIMB Clicks online banking, untuk pastikan bahawa Anda boleh log masuk perkhidmatan ini.

  1. Buka link https://www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Login to Clicks
  3. Pada pilihan i want to, pilih View My Dashboard.
  4. Masukkan User ID Anda
  5. Klik Login
  6. Tandakan Secure Word, sekiranya perkataan tersebut merupakan kata keselamatan Anda.
  7. Masukkan Password, klik Login.
  8. Sekarang Anda berjaya log masuk.

Sekarang Anda boleh semak baki akaun CIMB Bank secara online tanpa perlu pergi ke mesin ATM atau cawangan CIMB Bank.

Itulah maklumat terkini cara buat online banking CIMB Clicks online banking. Semoga maklumat atau perkongsian diatas dapat membantu Anda.

Share