Cara Login Bank Rakyat Online

Cara Login Bank Rakyat Online

Bank Rakyat adalah salah satu bank terbaik dan banyak digunakan oleh rakyat Malaysia kerana ciri dan kemudahannya yang lengkap dan perkhidmatan pelanggan yang memuaskan.

Salah satu produk yang paling popular dari Bank Rakyat ialah iRakyat. iRakyat adalah kemudahan perbankan internet yang banyak digunakan oleh orang ramai kerana mempunyai ciri yang sama seperti mesin ATM dan boleh diakses di mana sahaja menggunakan handphone dan laptop melalui sambungan internet.

Walaupun menawarkan banyak produk dan ciri menarik, ramai pelanggan Bank Rakyat tak tahu dan bagaimana cara menggunakan iRakyat. iRakyat online boleh dilayari melalui www.irakyat.com.my

Cara Daftar Bank Rakyat Online

Terdapat banyak faedah dari kemudahan perbankan internet Bank Rakyat di www.irakyat.com.my yang boleh digunakan untuk menyokong aktiviti transaksi perbankan Anda.

Ciri perbankan iRakyat yang ditawarkan iaitu:

  • Pembayaran Bil
  • Bayar Zakat
  • Top Up
  • Print Penyata Bank
  • JomPAY
  • DuitNow
  • Tabung Haji
  • Check Baki
  • Dan lain-lain

Sekiranya Anda belum mempunyai akaun Bank Rakyat online, sila baca panduan cara daftar Bank Rakyat online.

Cara Login Bank Rakyat Online

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun Bank Rakyat online banking, sila ikuti cara di bawah untuk log masuk:

  1. Buka link www.irakyat.com.my
  2. Klik Login lalu Personal Banking.
  3. Masukkan Username dan Password.
  4. Tahniah, Anda berjaya log masuk Bank Rakyat online.
  5. Sekarang sila cuba semak baki akaun Bank Rakyat Anda untuk melihat baki akaun terkini.

Kelebihan iRakyat Online Banking

Berikut adalah beberapa kelebihan i-Rakyat online banking:

Praktikal

Setiap pelanggan boleh melakukan transaksi perbankan secara langsung melalui internet tanpa perlu datang ke cawangan atau ATM.

Selamat

iRakyat dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data dan transaksi pelanggan.

Bukan hanya itu, keselamatan semakin ditambah dengan kehadiran TAC, yang merupakan sistem yang berfungsi mengeluarkan kod setiap kali Anda melakukan transaksi kewangan.

Kod yang dikeluarkan selalu berubah setiap kali Anda melakukan transaksi.

Pantas

Anda boleh akses perkhidmatan iRakyat dimana sahaja dan bila-bila masa 24 jam. Anda hanya perlu peranti handphone atau laptop untuk melakukan transaksi kewangan.

Itulah panduan cara log masuk i-Rakyat online banking, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat untuk Anda.

Share