Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Cara Instant Transfer Bank Rakyat

Bagaimana cara instant transfer Bank Rakyat ke Bank Rakyat atau bank lain? Sebetulnya mudah sahaja. IBTF atau Instant Transfer Bank Rakyat boleh dilakukan melalui online menggunakan ciri I-Rakyat.

Yang mesti Anda tahu, bahawa sekarang Instant Transfer Bank Rakyat (IBFT) telah ditukar/digantikan dengan DuitNow.

Jadi sekiranya Anda mahu melakukan transaksi Instant Transfer Bank Rakyat, sila gunakan perkhidmatan DuitNow.

Syarat Instant Transfer Bank Rakyat

Senarai syarat dibawah ini penting, jadi pastikan Anda sudah mempunyai syarat dibawah:

  • Mempunyai akaun Bank Rakyat.
  • Mempunyai akses ke akaun I-Rakyat Internet Banking.
  • Mendaftar perkhidmatan DuitNow.

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun I-Rakyat online banking atau I-Rakyat Internet Banking, sila baca panduan cara daftar Bank Rakyat online.

Cara Daftar Instant Transfer Bank Rakyat DuitNow

Sila gunakan laptop atau handphone dan sambungan internet bagi tujuan mendaftar perkhidmatan DuitNow. Sila ikuti panduan dibawah:

  1. Lawati www.irakyat.com.my
  2. Klik Login lalu Klik Personal Banking.
  3. Masukkan Username Anda.
  4. Klik Login.
  5. Pastikan betul Secure Phrase yang terpapar adalah milik Anda, lalu sahkan. Klik Yes.
  6. Masukkan Password. Klik Login.
  7. Klik DuitNow. Pilih DuitNow ID Registration. Klik Next.
  8. Pilih DuitNow ID TypeMobile number (nombor telefon) atau  I/C Number (MyKad).
  9. Pilih Receiving Account.
  10. Tandakan bersetuju dan klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next.
  11. Klik Request TAC.
  12. Check kod TAC yang Anda terima di nombor telefon, lalu masukkan kod tersebut pada ruangan TAC number. Klik Confirm.
  13. Info DuitNow ID Registration successful, tahniah pendaftaran Anda telah berjaya. Klik OK.

Cara Instant Transfer Bank Rakyat Guna DuitNow

Selepas Anda mendaftar perkhidmatan DuitNow, sila cuba melakukan transaksi dengan cara dibawah:

  1. Lawati www.irakyat.com.my
  2. Klik Login lalu klik Personal Banking.
  3. Masukkan Username. Klik Login.
  4. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes.
  5. Masukkan Password. Klik Login.
  6. Klik DuitNow. Pilih DuitNow pada ruangan Please select your preferable DuitNow features.
  7. Klik Next bagi tujuan cara guna Instant Transfer.
  8. Masukkan info yang terpapar dibawah:
    • Transfer from (pilih Savings Akaun Anda).
    • Amaun (RM).
    • Transfer To (pilih New DuitNow ID dan pilih Account Number).
    • Masukkan maklumat penerima Anda, pada ruang Beneficiary Details,
    • Ruang Beneficiary Account Number, sila masukkan nombor akaun penerima.
    • Pilih Savings Account. Pada ruang Beneficiary Account Type.
    • Pilih bank penerima. Pada Beneficiary Bank.
    • Ruang Beneficiary Name, masukkan nama penerima.
    • Ruang Recipient Reference, masukkan rujukan penerima.
    • Pilih Fund Transfer. Pada ruang Payment Type.
    • Letakkan Fund Transfer pada ruang Remark.
    • Pilih Immediately (hari ini). Pada ruang Effective Date.
    • Klik pada kotak I hereby agree to Terms & Conditions. Klik Next.
  9. Semak semula info yang telah diisi dan pastikan betul.
  10. Klik Request TAC. Masukkan TAC Number yang Anda dapatkan di nombor telefon Anda. Klik Submit.
  11. Tahniah, transaksi transfer duit telah berjaya. Klik Get Receipt dan klik Save.

Caj Instant Transfer Bank Rakyat

Untuk sekarang, tidak ada caj yang dikenakan untuk transaksi penerimaan dan pemindahan.

Sekiranya Anda ingin transfer atau terima duit berjumlah lebih dari RM5,000, Anda akan dikenakan caj 5 sen saja. Walau bagaimanapun, caj ini hanya berlaku untuk pelanggan akaun bank individu.

Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai transfer IBTF Bank Rakyat? Sila hubungi pusat talian Bank Rakyat di nombor 1300805454 (Local) atau +60355269000 (Luar Negara).

Share