Cara Dapatkan Penyata Bank Rakyat

Posted on

Statement bank atau penyata bank Rakyat merupakan satu bentuk penyata yang disediakan untuk pelanggan check jumlah duit dalam akaun bank ataupun check pengaliran duit  tunai pelanggan.

Penyata bank dibuat secara terperinci supaya pelanggan tahu jumlah duit debit dan kredit yang masuk dan keluar dari akaun pelanggan.

Pelanggan boleh mendapatkan penyata akaun bank Rakyat melalui mesin ATM, secara online atau boleh terus ke pejabat bank terdekat.

Syarat Dapatkan Penyata Bank Rakyat Online

  • Mempunyai kad Debit/Credit.
  • Mempunyai akaun Bank Rakyat online banking.
  • Mendaftar perkhidmatan e-Penyata atau e-Statement Bank Rakyat.

Cara Daftar Penyata Bank Rakyat Online

Adakah Anda sudah mempunyai akaun Bank Rakyat online banking di i-Rakyat? Sekiranya tidak punya, sila baca panduan cara daftar Bank Rakyat online.

Setelah itu, Anda perlu mendaftar e-Statement Bank Rakyat di i-Rakyat.

Langkah 1: Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat

  1. Pergi ke mesin ATM Bank Rakyat terdekat untuk dapatkan T-PIN.
  2. Masukkan Kad ATM dan PIN Bank Rakyat.
  3. Pilih menu Others.
  4. Pilih e-Statement Registration.
  5. Masukkan 6 digit T-PIN sementara.
  6. Masukkan sekali lagi 6 digit T-PIN sementara.
  7. Selesai.

Langkah 2: Cara Dapatkan Statement Bank Rakyat Online

  1. Lawati www.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username Anda. Klik Login.
  3. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes.
  4. Masukkan Password. Klik Login.
  5. Pilih menu e-Statement
  6. Klik e-Statement Registration
  7. Masukkan T-PIN yang Anda buat di mesin ATM
  8. Pilih ATM Card / Credit Card / IC
  9. Masukkan no ATM Card / Credit Card / IC, klik Teruskan
  10. Masukkan Email dan Password
  11. Pilih e-Statement Account, klik Teruskan
  12. e-Statement e-mel akan dihantar pada setiap tarikh kitaran penyata yang telah ditetapkan ke alamat email Anda.

Langkah 3: Cara Print Statement Bank Rakyat

  1. Log masuk email Anda.
  2. Buka e-Statement email yang Anda terima dari Bank Rakyat.
  3. Muat turun ePenyata (PDF) di lampiran emel tersebut menggunakan Default Password yang telah ditetapkan. Sila ikuti tatacara pengisian Default Password yang dinyatakan di dalam emel tersebut.
  4. Sekarang Anda boleh menyemak, menyimpan dan mencetak penyata bank Rakyat Anda.

Print Penyata Bank Mini Bank Rakyat di ATM

Penyata mini atau mini statement Bank Rakyat hanya cetak beberapa transaksi saja antara 5-8 transaksi yang di cetak.

Langkah print penyata bank Rakyat di ATM:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat dan PIN ATM Anda
  2. Tekan menu Lain-Lain Urusniaga/Other.
  3. Tekan menu Khidmat Penyata/Statement Bank.
  4. Tekan menu Penyata Mini/Mini Statement.
  5. Tekan menu Cetak/Print.
  6. Ambil resit mini statement Bank Rakyat Anda.

Print Statement Bank Rakyat Online

  1. Lawati www.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username Anda. Klik Login.
  3. Sahkan Secure Phrase. Klik Yes.
  4. Pilih menu e-Statement > Pilih Account/Card
  5. Pilih Statement Bank untuk bulan yang mahu Anda print.
  6. Klik Buka/Open untuk melihat penyata Bank.
  7. Klik Save dan Print.

Print Statement Bank Rakyat di Pejabat Bank

  1. Pergi ke mana-mana Bank Rakyat terdekat.
  2. Sila membawa buku bank atau buku simpanan bank, kad pengenalan, kad Debit/Credit dan duit untuk kos cetak penyata.
  3. Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin print penyata bank. Jika pegawai bank minta dokumen yang dinyatakan diatas sila berikan, jika tidak minta tak usah berikan.
  4. Pegawai bank akan senang membantu Anda.

Itulah pelbagai cara dapatkan penyata bank Rakyat, diharapkan agar perkongsian diatas dapat memudahkan urusan Anda.