Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank

Penyata bank mengandungi maklumat mengenai transaksi urusniaga yang dibuat oleh bank terhadap akaun Anda dan baki akaun di bank.

Semua aktiviti transaksi akan dimuat lengkap dengan tanggal dan waktu transaksi, termasuk maklumat yang biasanya disertakan oleh pelanggan ketika memindahkan dana antara akaun.

Bagaimana nak dapatkan penyata bank Maybank?

Ada pelbagai cara yang boleh Anda lakukan untuk dapatkan penyata bank iaitu melalui emel, ATM, aplikasi Maybank2u dan laman web rasmi Maybank2u.com.my

Anda boleh dapatkan penyata bank atau statement bank berikut untuk rujukan masing-masing.

  • Savings Account
  • Current Account
  • Investment Account
  • Credit Card
  • Personal Loan/Financing
  • Hire Purchase
  • Other Loan/Financing

Print Penyata Bank Maybank di ATM

Sila pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank terdekat, lalu ikuti langkah dibawah ini:

  1. Masukkan kad ATM dan PIN
  2. Tekan Lain- lain Urusniaga
  3. Tekan Lain- lain Perkhidmatan
  4. Tekan Penyata Ringkas
  5. Ambil resit urusniaga akaun yang keluar dari mesin ATM.

Nota: Untuk makluman, penyata bank mini yang dikeluarkan dari mesin ATM hanya mengandungi 10 transaksi saja. Sekiranya Anda ingin dapatkan lebih banyak transaksi urusniaga, sila gunakan perkhidmatan Maybank internet banking.

Cara Dapatkan Penyata Bank Maybank Online

Anda boleh dapatkan penyata bank 1-3 bulan terdahulu secara terperinci melalui panduan dibawah:

  1. Lawati www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username dan Password Anda.
  3. Pada Dashboard Maybank2u, sila pilih menu e-Bills & Statement.
  4. Klik View untuk melihat info secara terperinci.
  5. Sila pilih Last 30 Days/ Last 60 Days/ Last 90 Days untuk melihat penyata bank.
  6. Klik Save untuk menyimpan penyata bank ke komputer Anda.
  7. Sila file penyata bank tersebut melalui printer.

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun Maybank2u, sila mendaftar dengan membaca panduan cara daftar Maybank2u online.

Cara Dapatkan Statement Bank di Aplikasi Maybank2u

Anda memerlukan aplikasi Maybank2u di handphone Anda. Sila muat turun aplikasi Maybank2u di Google Playstore atau App Store secara percuma.

Cara login Maybank2u online banking di handphone mudah sangat, sila ikuti panduan dibawah:

  1. Buka aplikasi Maybank2u.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik Statement.
  4. Klik View untuk melihat penyata bank secara terperinci.

Cara Dapatkan Statement Bank Maybank di Email

Sekarang Anda dapat melanggan penyata bank Maybank di alamat email Anda.

Sila ikuti langkah dibawah ini untuk dapatkan statement bank Maybank setiap bulan di emel Anda.

  1. Lawati www.maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username dan Password Anda.
  3. Pilih e-Bills & Statements.
  4. Pilih Statements.
  5. Pilih alamat email yang mahun Anda gunakan untuk tujuan penerimaan penyata bank.
  6. Masukkan Password keselamatan untuk buka file attachment.
  7. Pihak Maybank2u akan menghantar bank statement melalui email rasmi m2u@stmts.maybank2u.com.my
  8. Bagi Anda yang mahu print penyata tersebut, sila buka atau download attachment.
  9. Masukkan Password attachment.
  10. Sila print penyata tersebut.

Untuk maklumat lanjut atau Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang cara print statement bank Maybank, sila rujuk laman web Maybank atau hubungi customer service Maybank di nombior 1300 88 6688.

Share