Cara Dapatkan Penyata Bank BSN

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online

Perkembangan perkhidmatan perbankan telah memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan. Salah satu bank terbesar di Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatannya adalah Bank Simpanan Nasional (BSN).

Salah satu perkhidmatan yang disediakan adalah myBSN online banking. Dengan menggunakan internet banking myBSN, Anda tidak perlu lagi bersusah payah datang ke pejabat Bank BSN atau mesin ATM untuk membuat transaksi kewangan.

Anda hanya perlu log masuk ke myBSN online melalui telefon bimbit atau laptop Anda.

Dengan log masuk ke myBSN, Anda akan mendapat akses untuk melakukan semua aktiviti perbankan yang Anda perlukan.

Anda boleh melakukan transaksi di mana sahaja dan bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Salah satu ciri dari BSN online banking adalah print penyata bank BSN online.

Sekiranya Anda memerlukan statement bank BSN untuk suatu keperluan, sila ikuti panduan di bawah.

Cara Dapatkan Penyata BSN Online

Bagi Anda yang sudah mempunyai akaun berdaftar di myBSN online banking, sila ikuti langkah dibawah.

Panduan cara login BSN online.

  1. Lawati www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik menu Account Overview
  4. Klik menu E-Statement
  5. Klik menu Nama Account
  6. Pilih Sejarah Transaksi yang Anda mahu check
  7. Klik Print

Sekiranya Anda tidak atau belum mempunyai akaun di myBSN online banking, sila baca panduan cara daftar BSN online banking.

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN di ATM

Penyata mini atau mini statement menyediakan sebahagian sahaja maklumat transaksi kewangan di akaun bank.

Penyata mini boleh Anda dapatkan dengan mudah, sila cuba cara dibawah:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM BSN berhampiran
  2. Masukkan kad ATM dan PIN BSN Anda
  3. Pilih Other/Lain-Lain Urusniaga
  4. Pilih Statement/Khidmat Penyata
  5. Pilih Bank Statement/Penyata Mini
  6. Pilih Print/Cetak
  7. Ambil resit untuk tengok penyata bank Anda

Print Penyata BSN di Pejabat Bank

Satu langkah terakhir yang boleh Anda lakukan untuk mendapatkan penyata bank iaitu pergi ke cawangan bank BSN terdekat.

Sila membawa buku bank atau buku simpanan BSN, kad pengenalan, kad ATM dan duit untuk kos cetak penyata bank BSN.

Cakap ke pegawai bank dan bagitau bahawa Anda ingin cetak penyata bank.

Pegawai bank akan membantu Anda untuk cetak penyata bank.

Share