Cara Daftar RHB Bank Online

Cara Daftar RHB Bank Online

RHB Internet Banking adalah merupakan perkhidmatan dari Bank Rashid Hussein Bank yang menyediakan perkhidmatan transaksi untuk pelanggan tanpa perlu pergi ke bank atau ATM terdekat.

Dengan ciri-ciri yang ada di dalam RHB online banking, pelanggan dapat melakukan pelbagai jenis transaksi dengan mudah dan cepat.

Oleh kerana pelbagai kemudahan dan kepantasan perkhidmatan yang ditawarkannya, banyak orang berminat menggunakan perkhidmatan Internet Banking RHB.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan transaksi, Anda mesti mendaftar terlebih dahulu untuk memiliki username dan kata laluan untuk log masuk RHB online banking.

Syarat Daftar RHB Bank Internet Banking

Berikut adalah senarai syarat yang diperlukan bagi mendaftar perkhidmatan RHB online banking:

  1. Mempunyai akaun Bank RHB.
  2. Mempunyai alamat email.
  3. Mempunyai kad Debit/Credit.
  4. Mempunyai nombor handphone yang aktif dan berdaftar di Bank RHB.

Mendaftar RHB Internet Banking di ATM

Selepas Anda memenuhi syarat yang dinyatakan diatas, seterusnya Anda perlu mendaftar nombor handphone dan PIN bagi tujuan aktifkan internet banking bank RHB.

  1. Pergi ke mana-mana ATM RHB Bank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Tekan menu Internet Banking.
  4. Masukkan PIN RHB Internet Banking.
  5. Sila ambil resit yang keluar, resit tersebut mengandungi 6 hingga 8 aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan.

Cara Aktifkan Internet Banking RHB

Sudah mempunyai resit dari mesin ATM? Sila ikuti langkah dibawah untuk proses aktifkan RHB online banking.

  1. Lawati https://logon.rhb.com.my
  2. Klik I want to Register.
  3. Pilih ATM/Debit Card. Cara Daftar RHB Bank Online Banking
  4. Ruangan Please key-in the RHB Staff ID tak perlu di isi.
  5. Klik Next.
  6. Masukkan 16 digit ATM Card/Debit. Cara Aktifkan Internet Banking RHB
  7. Masukkan PIN ATM.
  8. Isikan butiran maklumat seperti Username, Password, Secret Word dan lainnya.
  9. Baca Terms and Conditions, klik I Agree.
  10. Selesai.

Cara Login RHB Online Banking

Tahniah, Anda sekarang sudah mempunyai akaun internet banking RHB. Sila cuba log masuk RHB online banking untuk pastikan Anda berjaya mendaftar.

  1. Lawati https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, klik Next
  3. Klik Yes, jika Secret Word yang dipaparkan betul milik Anda.
  4. Masukkan Password, klik Login.

Itulah panduan cara daftar RHB online banking, diharapkan agar perkongsian diatas dapat memudahkan urusan Anda.

Share