Cara Daftar Public Bank Online

Perkembangan dunia digital yang pesat telah memberi kesan kepada perkhidmatan perbankan di Malaysia.

Salah satunya ialah adanya perkhidmatan internet untuk transaksi.

Dari sekian banyak bank, Public Bank adalah salah satu bank yang sudah mempunyai perkhidmatan perbankan internet untuk memudahkan pelanggan mereka melakukan pelbagai aktiviti kewangan.

Dalam menggunakan layanan perbankan internet Public Bank, pelanggan akan dikenakan biaya untuk setiap transaksi yang dilakukan, seperti transfer antar bank, selain transaksi antar bank, pelanggan juga dapat menikmati layanan lainnya.

Cara Daftar Public Bank Online

Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet banking selama 24 jam. Selain perbankan internet, Public Bank juga menyediakan perkhidmatan perbankan mobile iaitu PB Engage MY untuk pelanggannya.

Sekiranya Anda berminat untuk menikmati perkhidmatan perbankan internet, terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi.

Syarat Daftar Public Bank Online

Berikut adalah senarai syarat cara daftar Public Bank online.

  • Mempunyai kad pengenalan/IC atau Millitary IC/Passport number.
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Public Bank.

Langkah Daftar Public Bank Online

Ada 2 cara yang dapat dilakukan untuk mendaftar akaun Public Bank online, sila pilih cara yang paling mudah menurut Anda.

Cara pertama

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Public Bank terdekat.
  2. Maklumkan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin mendaftar akaun PBe.
  3. Anda akan diserahkan borang untuk mendaftar akaun PBe. Sila isi dan lengkapkan borang tersebut.
  4. Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen penyokong kepada pegawai bank.
  5. Pegawai bank akan memberikan ID dan password untuk login ke PBe.

Cara kedua

  1. Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN.
  3. Pilih menu OTHER SERVICES.
  4. Pilih menu Register Internet Banking.
  5. Anda akan mendapat notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat Anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM.
  6. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
  7. Sila masukkan nombor telefon Anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code (PAC). Nombor telefon Anda bagi yang Malaysia mestilah tidak melebihi 11 digit, manakala bagi yang Singapura mestilah tidak melebihi 10 digit.
  8. Seterusnya masukkan kod PIN 6 digit yang Anda mahukan.
  9. Ambil kad ATM Anda dan resit yang keluar dari mesin ATM.

Cara Aktifkan Public Bank Online

Selepas Anda membuat pendaftaran PBe di mesin ATM atau cawanagn Public Bank, sekarang inilah masanya untuk mengaktifkan akaun PBe online Anda.

  1. Buka laman https://www.pbebank.com
  2. Klik butang Login, pada sub menu pilih PBe.Cara Aktifkan Public Bank Online
  3. Sila masukkan User ID yang Anda dapat semasa mendaftar di mesin ATM atau cawangan bank.Public Bank Online Register
  4. Baca terma dan syarat, scroll ke bawah klik butang Accept.
  5. Pada laman ini Anda mestilah mengisi User ID baru, Password baru, Confirm password baru, pilih Memorable question, Memorable Answer, Personal Login Phrase (Pastikan Personal Login Phrase Anda mempunyai 13 hingga 20 aksara alpha-numeric, yang juga mengandungi aksara istimewa menggunakan simbol. Personal Login Phrase juga tidak boleh sama dengan ID atau password akaun Anda).Cara Daftar Internet Banking Public Bank
  6. Masukkan alamat email Anda. Tekan butang Submit.
  7. Tahniah akaun PBe Anda sudah berjaya dibuat.

Sekarang sila cuba semak baki dalam akaun Public Bank Anda untuk melihat baki terkini.

Agar Anda dapat melakukan transaksi dengan selamat, Anda harus menjaga kerahsiaan maklumat User ID dan PIN Perbankan Internet Anda. Jangan maklumkan User ID dan PIN kepada sesiapa, termasuk pegawai bank.