Cara Daftar Maybank2u Online

Cara Daftar Maybank2u Online

Untuk memudahkan transaksi kewangan pelanggan, Maybank Malaysia menyediakan perkhidmatan perbankan online iaitu Maybank2u. Dengan perkhidmatan ini, Anda boleh melakukan transaksi kewangan tanpa perlu pergi ke ATM dan pejabat bank.

Anda boleh menghantar wang secara dalam talian ke akaun Maybank dan bank lain. Anda juga boleh check baki akaun Maybank, print statement dan topup kredit.

Sama seperti perkhidmatan perbankan internet yang lain, Maybank2u melayani transaksi pembayaran dan pembelian.

Perkhidmatan Maybank2u atau M2u ini adalah percuma dan dapat Anda akses 24 jam sehari menggunakan handphone, laptop, ipad dan komputer PC.

Syarat Daftar Maybank2u Online

Ada beberapa syarat yang mesti Anda miliki sebelum mendaftar internet banking Maybank2u, berikut adalah senarai syarat yang mesti Anda siapkan:

  • Kad ATM Debit/Credit.
  • Mempunyai akaun Maybank.
  • Mempunyai nombor telefon aktif yang telah berdaftar di Maybank.
  • Mempunyai handphone Android atau iPhone.

Cara Daftar TAC Maybank2u di ATM

Mendaftar nombor telefon untuk keperluan bagi mendaftar Maybank2u boleh dilakukan melalui ATM. Nombor yang berdaftar di perkhidmatan Maybank2u diperlukan untuk keperluan menerima kod TAC.

  1. Masukan kad ATM Maybank dan nombor PIN
  2. Pilih bahasa Malaysia
  3. Tekan Maybank2u/Phone Banking/ATM Sms Alerts
  4. Tekan Kemaskini Tel. Bimbit M2u TAC
  5. Masukan No Handphone Anda. Tekan YA
  6. Selesai

Cara Daftar Maybank2u Online

  1. Lawati www.mayban2ku.com.my
  2. Klik Register Now Cara Daftar Maybank2u Online Banking
  3. Masukkan 16 digit nombor Card/Acces Number/ATM Card
  4. Masukkan 6 digit nombor PIN ATM Card/Debit Card
  5. Klik atau tandakan pada bahagian I Agree With The Terms & Conditions
  6. Klik Continue
  7. Sila buat Username yang Anda mahukan.
  8. Masukkan Password untuk log masuk.
  9. Masukkan sekali lagi Password Anda pada bahagian Confirm Password
  10. Masukkan alamat Emel Anda.
  11. Klik Request For TAC untuk mendapatkan kod TAC yang dihantar ke nombor telefon Anda.
  12. Masukkan Kod TAC
  13. Klik Next
  14. Masukkan Image bagi tujuan keselamatan.
  15. Masukkan perkataan bagi tujuan keselamatan pada ruangan Security Pharse. Contoh: UpinIpin
  16. Memorable Question, pilih 3 soalan untuk rujukan pada masa hadapan.
  17. Tahniah, Anda berjaya mendaftar akaun Maybank2u online banking.

Cara Daftar M2U Melalui Aplikasi Maybank2u

Maybank menyediakan aplikasi mobile banking yang boleh Anda muat turun secara percuma di Google Playstore dan App Store.

Panduan cara daftar Maybank2u di telefon bimbit:

  1. Muat turun aplikasi Maybank2u.
  2. Buka aplikasi Maybank2u di handphone Anda.
  3. Klik Register/Daftar.
  4. Masukkan No Akaun Bank, No ATM dan PIN ATM Anda.
  5. Pilih mata wang Ringgit.
  6. Tandakan Anda beresetuju dengan Terma dan Syarat.
  7. Masukkan User ID dan Password.
  8. Masukkan alamat Emel.
  9. Klik Request TAC.
  10. Masukkan Kod TAC.
  11. Pilih Gambar/Imej keselamatan.
  12. Masukkan kata keselamatan di bahagian Security Pharse.
  13. Memorable Question, pilih 3 soalan untuk rujukan.
  14. Tahniah, sekarang Anda sudah mempunyai akaun Maybank2u.

Sekarang, Anda boleh menggunakan Maybank2u untuk membuat transaksi. Sila baca panduan cara login Maybank2u online sehingga Anda lebih paham.

Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk selalu keluar/logout dari akaun Maybank2u Anda setelah digunakan. Supaya akaun Anda sentiasa dilindungi dari tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Share