Salah satu teknik untuk meningkatkan pendapatan dari perniagaan makanan adalah dengan mendaftar ke FoodPanda.
Dengan mendaftar di FoodPanda, Anda boleh mendapatkan pelanggan yang memesan makanan secara dalam talian (online).
Memanfaatkan perniagaan ke media dalam talian sememangnya sangat berkesan dan mudah sangat dilakukan.
FoodPanda adalah perkhidmatan penghantaran makanan terbaik di Malaysia. FoodPanda telah menjalin perniagaan bersama atau bekerjasama dengan banyak kedai dan restoran di Malaysia. Dan sehingga kini, rakan FoodPanda berjumlah ratusan di setiap bandar.
Sekiranya Anda adalah seorang peniaga makanan, mendaftar restoran Anda dengan FoodPanda adalah peluang untuk mengembangkan pelanggan dan mendapatkan lebih banyak pendapatan.
Apabila restoran Anda sudah terdaftar di perkhidmatan FoodPanda, pelanggan akan merasa lebih mudah untuk menemukan restoran Anda kerana mereka tidak perlu datang secara langsung. Oleh itu, segera daftarkan kedai makanan Anda ke FoodPanda.
Syarat Mendaftar FoodPanda Untuk Restoran
Berikut adalah senarai syarat yang diperlukan bagi Anda yang ingin mendaftar ke FoodPanda.
- Peniaga mesti mempunyai lesen perniagaan untuk beroperasi.
- Peniage mesti beroperasi tidak kurang daripada 4 hari seminggu.
- Peniaga mesti beroperasi tidak kuranf daripda 4 jam setiap hari.
- Peniaga mesti beroperasi di lokasi tetap seperti lokasi yang didaftarkan dengan Foodpanda.
- Peniaga mesti mempunyai SSM. Takde SSM? Sila baca panduan cara daftar SSM online.
Cara Daftar FoodPanda Untuk Kedai dan Restoran
- Buka laman https://www.restaurant.foodpanda.my
- Sila isi butiran diri dan jenis perniagaan Anda.
- Sila lampirkan menu yang Anda ingin jual di FoodPanda. Anda boleh gunakan format excel, jpg, pdf dan word untuk lampiran menu.
- Klik butang Submit
Tips: Sekiranya Anda mempunyai banyak menu makanan, sila snap/foto sahaja gambar menu tersebut. Pastikan gambar yang Anda lampirkan terang dan jelas.
Tips: Saya tidak mempunyai menu makanan, adakah cara lain untuk menghantar lampiran makanan yang dijual? Anda boleh gunakan file excel untuk memasukkan jenis makanan yang Anda jual. Sila muat turun file excel berikut.
Contoh file Excel:
Apa Perlu Buat Selepas Daftar FoodPanda
Sila tunggu respon dari FoodPanda, pihak FoodPanda akan contact Anda melalui Whatsapp. Seterusnya Anda akan dihantar Vendor Registration Form (Kontrak) dalam bentuk PDF, sila isi borang tersebut.
Selain itu sila cek email dari FoodPanda, dalam email tersebut ada link untuk Anda manage menu. Jadi dalam email tu nak letak gambar menu ke, nak tukar harga ke hanya perlu update dalam link yang dia bagi tu.
Pihak FoodPanda akan menghantar parcel yang berisi peranti untuk perniagaan seperti handphone.
Adakah Daftar FoodPanda Untuk Merchant Percuma?
Adakah Anda mempunyai pertanyaan? Daftar FoodPanda percuma ke? Join FoodPanda merchant, partner, kedai dan restoran percuma!
Yang mesti Anda ketahui iaitu. Pihak FoodPanda akan ambil 30% dari harga makanan yang Anda jual.
Contoh, Anda jual nasi lemak RM 10.00, FoodPanda akan ambil RM 3.00 dan selebihnya baru FoodPanda akan transfer duit kat akaun bank Anda.
Kami syorkan Anda untuk markup harga jual makanan. Anda dapat markup harga sebelum menghantar lampiran menu atau selepas Anda berjaya mendaftar sebagai peniaga di FoodPanda. Sila gunakan portal time FoodPanda.
Faq Daftar FoodPanda
Berikut adalah senarai pertanyaan umum mengenai daftar FoodPanda bagi peniga.
Berapa peratus yang FoodPanda ambil untuk komisien?
- Restoran dan kedai 30%
- Shop 31,8%
Bank Mana yang boleh digunakan untuk menerima bayaran FoodPanda?
Apa-apa jenis bank pun boleh
Adakah denda atau penalti jika tiba bercuti?
Setakat ni tak ada. Yang pasti tu, denda 3% jika salah order, cancel order atau lambat. Kami syorkan, sekiranya Anda mahu bercuti, sila setting aplikasi FoodPanda disable atau kedai tutup.
Berapa lama FoodPanda akan approve jadi Vendor?
Kebiasaannya ambil masa dalam tempoh 1 – 3 bulan.
Saya dah cuba daftar FoodPanda, tapi sampai sekarang takde respon
Foodpanda ambil masa dalam 1-3bulan kebiasaannya. Tapi kalau takde SSM memang dia tak approve.
Macam mana nak update harga di FoodPanda?
Sila tambah menu yang sama atau menu baru, bila dah approve. Unavailable/disable menu yang harga lama.
Saya punya SSM tapi bukan untuk makanan, boleh ke guna SSM tu untuk daftar FoodPanda?
Sila cuba sahaja dulu. Sekiranya Anda tidak yakin, lebih baik kemaskini SSM Anda.