Cara Daftar CIMB Clicks

Cara Daftar CIMB Bank Online

CIMB Bank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia. Perkhidmatan internet banking CIMB Bank menyediakan pelbagai kemudahan yang dapat diakses, tanpa perlu pergi ke mesin ATM CIMB atau cawangan Bank CIMB.

Tidak hairanlah CIMB Bank online atau CIMB Clicks diperlukan oleh pelanggan CIMB Bank dalam melakukan transaksi kewangan.

CIMB Clicks tidak hanya berfungsi untuk semak baki akaun, penjadualan atau check baki akaun saja.

Tetapi boleh untuk melakukan berbagai pembayaran bil, pemindahan duitke akaun lain atau ke akaun di bank lain walaupun di luar negara dan juga untuk top up kredit nombor telefon.

Pendaftaran untuk perkhidmatan ini boleh dilakukan di mesin ATM CIMB Bank atau mengunjungi pejabat cawangan Bank CIMB terdekat atau mendaftar secara online.

Bagi Anda yang belum mempunyai atau belum mendaftar perkhidmatan CIMB Clicks, sila ikuti langkah cara daftar akaun CIMB Bank online dibawah.

Syarat Daftar CIMB Clicks

Sebelum mendaftar internet banking CIMB Clicks, sila siapkan syarat di bawah ini. Senarai syarat di bawah ini adalah wajib.

  • Mempunyai E-PIN/ATM PIN
  • Mempunyai akaun CIMB dan Debit Card (ATM Card)
  • Mempunyai nombor handphone aktif

Cara Dapatkan ATM PIN/E-PIN CIMB Clicks

Untuk mendapatkan E-PIN CIMB mudah saja, sila ikuti langkah di bawah:

  1. Pergi ke mana-mana ATM CIMB terdekat.
  2. Masukkan kad ATM
  3. Masukkan PIN
  4. Pilih menu Others/Lain-lain
  5. Pilih menu CIMB Clicks
  6. Pilih menu TAC Registration
  7. Tetapkan E-PIN/ATM PIN
  8. Selesai

Cara Daftar No Telefon CIMB Clicks

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM CIMB terdekat.
  2. Masukkan kad ATM
  3. Masukkan PIN
  4. Pilih menu Others/Lain-lain
  5. Pilih menu CIMB Clicks
  6. Masukkan No Telefon Anda
  7. Ambil Resit pendaftaran yang keluar dari mesin ATM
  8. Selesai

Cara Daftar CIMB Clicks

Nikmati perbankan dalam talian yang mudah dengan CIMB Clicks, daripada semak baki akaun CIMB Bank, semakan penyata, penjadualan bayaran, penukaran PIN, Top up, transfer duit dan lain-lain.

  1. Log masuk www.cimbclicks.com.my
  2. Klik Register for CIMB Clicks
  3. Pilih CIMB ATM Debit & Credit Card
  4. Masukkan 16 digit nombor kad dan 6 digit PIN ATM Anda
  5. Masukkan kod atau gambar captcha yang terlihat
  6. Klik tandakan pada kotak, I Agree Terms & Conditions, klil Next
  7. Anda akan menerima 6 digit kod TAC Anda melalui SMS
  8. Masukkan 6 digit kod TAC, klik Continue
  9. Selepas itu Anda perlu membuka akaun dengan masukkan User ID
  10. Masukkan Password
  11. Masukkan Kata Selamat Anda
  12. Akhir sekali, Anda akan mendapat SMS bahawa pendaftaran CIMB Clicks online Anda berjaya.

Anda telah selesai dan sedia untuk menggunakan CIMB Clicks.

Cara Login CIMB Clicks

Selepas Anda berjaya register CIMB Bank online atau CIMB Clicks, sila log masuk ke akaun Anda yang baru di daftarkan,

  1. Log masuk https://www.cimbclicks.com.my/clicks
  2. Pilih View My Dashboard untuk melihat secara keseluruhan serivs yang ditawarkan oleh CIMB melalui CIMB Clicks.
  3. Masukkan User ID pada bahagian Enter User ID
  4. Tandakan Yes, this my SecureWord sekiranya perkataan tersebut betul milik Anda
  5. Masukkan Password
  6. Klik Login
  7. Sekarang, Anda berjaya login CIMB Clicks

Faq Cara Daftar CIMB Bank Online

Sebahagian dari kita pastilah pernah mendapat masalah semasa mendaftar CIMB Clicks, berikut adalah senari kes yang sering terjadi semasa mendaftar CIMB Clicks online.

Cara Tukar Nombor Telefon Lama

Macam mana jika nombor telefon saya baru tapi nombor telefon yang ada dalam account CIMB tersebut nombor telefon yang lama?

Sekiranya kes ini berlaku kepada Anda, sila kemas kini nombor telefon Anda dengan cara tukar nombor telefon CIMB Clicks melalui mesin ATM CIMB.

Tidak Boleh Login CIMB Clicks

Pastikan Anda akses web rasmi CIMB Bank di www.cimbclicks.com.my

Masih tak boleh login? Mungkin kerana akaun Anda (User ID dan Password) disekat/banned sehingga Anda tak boleh login.

Jika akaun CIMB Clicks Anda disekat, sila hubungi +603 6204 7788 bagi tujuan aktifkan akaun.

Tukar Kad ATM Tak Boleh Login CIMB Clicks

  1. Buka link www.cimbclicks.com.my
  2. Masukkan User ID dan Password yang lama.
  3. Nanti akan keluar muka surat baru setelah dia kesan bahawa Anda telah tukar kad.
  4. Masukkan no kad ATM baru Anda dan nombor PIN ATM.
  5. Tandakan pada kotak TERMS & CONDITION bahawa Anda bersetuju.
  6. Sekarang Anda boleh login CIMB Clicks semula.

Tak Boleh Request TAC CIMB Clicks

Sila hubungi +603 6204 7788 bagi tujuan aktifkan semula TAC.

Tak Boleh Daftar CIMB Clicks

Macam mana nak selesaikan masalah tak boleh daftar CIMBclicks. Bila saya pergi ke ATM CIMB lalu daftar no IC dan No telefon, kat skrin ATM tertulis kad tak sah?

Sila hubungi +603 6204 7788 bagi tujuan kemaskini maklumat pribadi Anda, atau pergi ke cawangan CIMB Bank terdekat untuk kemas kini maklumat pribadi.

Share