Cara Daftar BSN Online MyBSN

Cara Daftar BSN Online

Salah satu bank terbaik di Malaysia yang menyediakan perbankan internet adalah BSN (Bank Simpanan Nasional).

Terdapat banyak kelebihan yang akan Anda perolehi jika menggunakan perbankan internet MyBSN.

Salah satunya adalah dengan mempermudah pelbagai transaksi dalam masa yang singkat, tanpa perlu pergi ke bank.

Dengan perkhidmatan MyBSN, Anda dapat mengetahui maklumat akaun dan kad kredit secara real time.

Seperti check baki dan sejarah transaksi. Selain itu, Anda juga boleh menggunakannya untuk pembelian.

Seperti membeli-belah dalam talian, topup kredit, membayar tiket, dan membayar elektrik.

Kemudian Anda juga boleh melakukan transaksi seperti transfer duit ke akaun BSN, bank lain dan banyak lagi.

Apa Itu myBSN

Pelanggan baru Bank Simpanan Nasinal pastilah ramai yang bertanyakan, apakah itu MyBSN. Ringkasnya MyBSN adalah portal internet yang mengandungi semua hal mengenai BSN termasuklah informasi korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Dengan perkhidmatan ini, Anda boleh menjimatkan masa sebab dapat membuat pelbagai transaksi kewangan secara online. Anda boleh gunakan peranti laptop, komputer ataupun smartphone untuk membuat transaksi kewangan. Beberapa link perkhidmatan perbankan BSN online melalui internet seperti:

  • Check Baki
  • Pemindahan Dana
  • Bayar Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian PIN
  • Bayar Pinjaman
  • Check Penyata bank
  • dan banyak lagi.

Cara Daftar BSN Online

Sebelum Anda register online banking BSN, beberapa maklumat berikut mesti Anda ketahui seperti syarat daftar MyBSN dan ciri perkhidmatan MyBSN.

Berikut adalah pelbagai ciri yang terdapat di perkhidmatan MyBSN.

  • Debit Card :
    – Update Purchase Limit
    – Update Overseas Transaction Status
    – Update Online Purchase Status
  • Report Lost/Stolen Card
  • e-SSP Savings
  • PIN Purchase
    – Further your studies to higher level? Purchase your Unique ID No or PIN No online. Only from BSN
  • Prepaid Reload
  • Standing Instruction
    – Manage your periodic payments to BSN accounts and other Banks’ accounts online
  • Financing Payment
    – You can make payments to all BSN Loan accounts (Personal Loan, Home Loan and Hire Purchase)
  • e-Statement Download
  • Online Application
  • Application for e-Saver
  • Balance enquiry
  • Fund Transfer
  • Bill Payment
  • Credit Card Payment
  • Credit Card PIN Request
  • Apply for Credit Card.
  • Secured Message Inbox

Syarat Daftar MyBSN

Berikut adalah pelbagai syarat yang mestilah Anda penuhi untuk mendaftar online banking BSN, pastikan syarat tersebut sudah dipenuhi.

  • Nombor telefon aktif yang sudah berdaftar di bank BSN.
  • Mempunyai kad pengenalan/IC atau Millitary IC/Passport number.
  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank BSN.

Langkah-langkah Daftar BSN Online Banking

  1. Buka laman MyBSN online banking.
  2. Klik Register
  3. Baca Terms & Conditions, scroll ke bawah pilih Accept dan tekan butang Next.
  4. Sila masukkan nombor card debit / card kredit, PIN, bulan ramat dan CVV2.Cara Daftar MyBSN Online
  5. Masukkan IC number, Bagi yang guna passport (tak punya IC), pilih Millitary IC/Passport number.
  6. Masukkan Username, Password (mestilah lebih dari 8 angka) dan Online Image.
  7. Sila periksa handphone Anda. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank BSN yang berisi kod OTP, sila masukan kod OTP tersebut.
  8. Sekarang Anda boleh login ke akaun MyBSN.

Setelah berjaya mendaftar myBSN, Anda boleh semak baki akaun BSN melalui online dan SMS pada bila masa.

Sebagai makluman, sekiranya Anda mendapat mesej atau pemberitahuan “Unable to process your request“. Mesej tersebut menyatakan bahawa sebelumnya Anda pernah cuba daftar tapi tidak berjaya. Masalah boleh diselesaikan dengan buat telefon Customer Service Centre 1300881900 atau Anda mesti pergi ke cawangan bank BSN terdekat.

Cara Daftar BSN Online MyBSN di HP

Bagi Anda yang tidak mempunyai peranti laptop dan ingin mendaftar perkhidmatan BSN online banking di MyBSN, Anda boleh gunakan handphone/smartphone Anda untuk mendaftar perkhidmatan ini. Sila ikuti langkah-langkah yang kami tunjukan di bawah ini.

  1. Sila buka atau klik pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Selepas itu, klik Register
  3. Beri tanda Accept, untuk First Time Registration. (Jika Anda pengguna baru yang belum berdaftar)
  4. Selepas itu klik Next/Submit.
  5. Masukkan maklumat details nombor kad ATM Debit/Kad Kredit bank BSN Anda. Pastikan Anda masukkan 16 digit no kad tersebut dengan betul, 16 digit no kad dapat Anda temukan pada bahagian belakang kad Debit/Credit Card Number.
  6. Isikkan nombor CVV2, no CVV2 boleh Anda lihat pada bahagian belakang kad debit/kredit Anda.
  7. Masukkan tarikh sah tempoh kad (expired) Anda pada bahagian Expiry Date.
  8. Masukkan nombor kad pengenalan baru/lama/pasport Anda. Klik Next.
  9. Selepas itu isikkan username, password, OTP number, pilih online image yang Anda mahukan.
  10. Dah selesai

Cara Login MyBSN

Saya telah berjaya mendaftar login BSN online banking (MyBSN) sekarang apa perlu buat dan macam mana cara log masuk MyBSN? Untuk dapat log masuk Anda perlukan username dan password yang telah berdaftar di sistem BSN. Kerana Anda telah berjaya mendaftar perkhidmatan BSN online, Anda boleh gunakan username dan password yang telah buat sebelumnya.

Langkah-langkah cara login BSN online banking sangat mudah, pertama sekali:

  1. Sila buka atau klik pautan https://www.mybsn.com.my
  2. Sekarang masukkan Username, Password dan Online Image Anda pada ruangan yang telah disediakan. Klik Login.
  3. Setelah berjaya masuk buat pertama kali, anda bolehlah mengemaskini maklumat peribadi anda. Isikkan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
  4. Buat sekuriti tambahan dengan pilih soalan rahsia Anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih. Kami nasihatkan Anda untuk simpan soalan dan jawapan tersebut di buku catatan atau note, untuk mengelakkan lupa di masa yang akan datang.
  5. Tahniah, sekarang Anda telah berjaya log masuk dan boleh buat transaksi kewangan seperti pemindahan dana, bayar bil, topup, print penyata bank dan banyak lagi.

Terlupa Username dan Password

Saya lupa username dan password BSN online banking, apa perlu buat? Sekiranya Anda mengalami masalah ini, kami nasihatkan Anda untuk membaca artikel lupa username dan password BSN online.

Kami yakin dan percaya selepas Anda membaca artikel tersebut, Anda boleh dapatkan balik informasi username dan password Anda.

Share