iRakyat adalah perkhidmatan perbankan internet dari Bank Rakyat yang memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan seperti check baki akaun, pindahan, pembayaran dan pembelian di mana sahaja dan bila-bila masa.
Setiap pelanggan Bank Rakyat boleh mendaftar perkhidmatan iRakyat secara percuma. Berikut adalah cara daftar Bank Rakyat internet banking untuk Anda yang belum mempunyai akaun iRakyat.
Cara Daftar Bank Rakyat Online Banking
Cara daftar Bank Rakyat online banking sebetulnya mudah saja. Sebelum menggunakan perkhidmatan iRakyat, Anda diminta untuk mendaftarkan nombor telefon bimbit terlebih dahulu.
Nombor telefon bimbit ini mestilah sama dengan nombor yang Anda daftarkan semasa Anda membuka akaun Bank Rakyat.
Setelah mendaftar, Anda akan menerima kod pengaktifan yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit Anda.
Cara Dapatkan T-PIN Bank Rakyat
Sebelum mendaftar iRakyat internet banking, Anda mesti mendaftar T-PIN dahulu.
- Pergi ke mana-mana cawangan ATM Bank Rakyat terdekat.
- Masukkan Kad ATM dan PIN Anda.
- Pilih Others.
- Pilih Internet Banking T-PIN.
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit Anda.
- Masukkan 6 digit T-PIN sementara.
- Masukkan sekali lagi T-PIN sementara.
- Ambil resit yang keluar dari mesin ATM.
Nota: Perlu Anda tahu, T-PIN hanya sah digunakan selama 24 jam saja. Jadi sila Anda gunakan T-PIN tersebut segera, supaya proses pendaftaran Bank Rakyat online banking boleh cepat berjaya.
Cara Daftar iRakyat Online Banking
Selepas Anda mendapatkan T-PIN, sila lakukan langkah dibawah ini untuk register internet banking iRakyat online.
- Lawati www.irakyat.com.my
- Klik Login > Personal Banking
- Klik Register
- Pilih I have a Bank Rakyat Kad Debit-i / Credit Card-i
- Isikan maklumat yang diperlukan seperti Card Type, ATM Card Number, Mobile No, Card PIN, State dan Branch Name. Klik Next.
- Masukkan Kod TAC yang telah dihantar ke nombor handphone Anda. Klik Next.
- Masukkan Username yang Anda inginkan.
- Masukkan Password yang Anda inginkan.
- Masukkan sekali lagi Password tersebut.
- Masukkan alamat Emel Anda.
- Masukkan sebarang perkataan pada bahagian Secure Pharse. Pastikan Anda menghafal perkataan tersebut.
- Baca Terma dan Syarat, klik Accept untuk bersetuju dan tekan Submit.
- Tahniah, sekarang Anda mempunyai akaun berdaftar Bank Rakyat internet banking.
Cara Daftar iRakyat Tanpa Kad ATM
- Hubungi pusat panggilan bank Rakyat di nombor 1-300-80-5454.
- Bagitahu bahawa Anda ingin daftar iRakyat online banking.
- Pegawai bank akan berikan ID sementara dan TAC.
- Lawati www.irakyat.com.my
- Klik Login dan pilih Personal Banking.
- Klik Register.
- Klik I don’t have any Bank Rakyat Cards, I will register via Temporary ID.
- Masukkan Temporary ID dan TAC.
- Klik Submit.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Sekarang cipta Username, Password, Secure Pharase dan Alamat Email.
- Baca Terma dan Syarat, klik Accept untuk bersetuju dan tekan Submit.
- Selesai.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Call Centre Tele-Rakyat di no 1-300-80-5454 (Local) atau +603-5526-9000 (International) atau hantar email ke telerakyat@bankrakyat.com.my
Itulah cara mendaftar Bank Rakyat online banking di laman www.irakyat.com.my semoga perkongsian tersebut bermanfaat untuk Anda.