Cara Bayar Loan Kereta Maybank

Cara Bayar Loan Kereta Maybank

Bercakap mengenai ansuran, tentu Anda sudah tahu salah satu syarikat pembiayaan besar di Malaysia, iaitu Maybank Car Loan.

Ramai orang yang mohon pinjaman pembiayaan kenderaan kereta melalui Maybank, kerana proses dan ansuran yang mudah dan rendah.

Sekiranya Anda merupakan pelanggan Maybank car loan dan mempunyai ansuran di maybank, tentu Anda mestilah tahu macam mana nak bayar loan kereta Maybank secara online, supaya Anda tak perlu beratur di ATM atau cawangan bank.

Anda boleh bayar pinjaman kereta Maybank pada bila-bila masa dengan menggunakan perkhidmatan maybank2u.

Selain itu, Anda boleh bayar loan kereta ke bank lain melalui maybank2u.

Cara Bayar Loan Kereta Maybank Guna Maybank2u

  1. Lawati laman maybank2u.com.my
  2. Masukkan Username dan Password akaun Maybank2u Anda.
  3. Pilih Pay & Transfer.
  4. Pilih Pay.
  5. Pilih Payee/New Payment.
  6. Pilih Maybank Hire Purchase.
  7. Masukkan nombor Bill Acct or Vehicle No, klik Confirm.
  8. Masukkan jumlah Amount and Effective Payment Date. Sila Set Recurring dan pilih Effective Start & End Dates, jika Anda mahu pembayaran Anda ditolak secara automatik setiap bulan untuk bulan-bulan berikutnya. Klik Pay.
  9. Pilih Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure Verification), klik Request.
  10. Masukkan kod TAC, klik Confirm.
  11. Transaksi berjaya. Sila save resit atau receipt untuk rujukan bukti pembayaran yang sah.

Saya tak punya maybank2u online banking, apa perlu buat? Tak perlu risau, sila baca panduan cara daftar maybank2u secara online bagi dapatkan akaun maybank2u.

Cara Bayar Loan Kereta Maybank di ATM

Sebelum pergi ke mana-mana ATM Maybank, pastikan Anda sudah membawa kad ATM.

  1. Pergi ke mana-mana ATM terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih Other Transaction.
  4. Pilih Payment.
  5. Pilih Express Payment.
  6. Pilih Loan/Financing.
  7. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  8. Pilih Acc.No. or Vehicle no.
  9. Pilih Amount.
  10. Pilih Account yang mahu Anda gunakan untuk bayar loan.
  11. Pilih Confirmation.
  12. Transaksi selesai.

Cara Bayar Loan Kereta Maybank di CDM

Sila bawa duit untuk bayar ansuran kereta di Cash Deposit Machine.

  1. Pergi ke mana-mana mesin CDM berhampiran.
  2. Pilih Cash Payment.
  3. Pilih Maybank Cash Payment.
  4. Pilih Loan/Financing.
  5. Pilih Vehicle Loan/Hire Purchase.
  6. Masukkan Account Number atau Vehicle Number.
  7. Masukkan jumlah duit untuk bayar loan kereta.
  8. Pilih Confirmation untuk pengesahan.
  9. Transaksi selesai.

Cara Bayar Loan Kereta Guna Maybank2u ke Bank Lain

Macam mana nak bayar loan kereta dari Maybank ke bank lain? Ramai yang tanya perkara ni, walau bagaimanapun tak perlu risau sebab ada caranya.

Sila ikuti langkah dibawah ini untuk bayar loan kereta ke CIMB, AmBank, Affin Bank, Public Bank dan bank lainnya.

  1. Buka maybank2u.com.my di handphone atau laptop Anda.
  2. Masukkan Username dan Password akaun Maybank2u Anda.
  3. Pilih Pay & Transfer.
  4. Pilih Transfer.
  5. Pada Transfer To pilih Other Accounts.
  6. Pilih New Payment.
  7. Pilih Bank Tujuan (contoh: Affin Bank Berhad).
  8. Masukkan Account Number. Cara Bayar Loan Kereta Maybank2u
  9. Masukkan Receipent’s Name (Anda boleh masukkan nama Bank, contoh Affin Bank Berhad).
  10. Transaction Type pilih Hire Purchase.
  11. Transfer Mode pilih Instant Transfer.
  12. Masukkan jumlah duit ansuran kereta yang mesti di bayar pada ruangan Transfer Amount.
  13. Receipent’s Reference (Anda boleh masukkan no plat kereta Anda).
  14. ilih Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure Verification), klik Request.
  15. Masukkan kod TAC, klik Confirm.
  16. Tahniah transaksi berjaya. Sila save resit atau receipt untuk rujukan Anda.

Selepas Anda melakukan transaksi pembayaran ansuran kereta, sila print penyata bank Maybank untuk pastikan bahawa transaksi tersebut telah tercatat di penyata bank.

Itulah senarai cara bayar loan kereta Maybank secara online guna maybank2u.

Share