Cara Bayar Bil Unifi

Cara Bayar Bil Unifi

Sudah tentu, setiap pelanggan Unifi mesti mengetahui prosedur pembayaran bil Unifi. Semua pelanggan mesti mematuhi ketentuan mengenai pembayaran bil tepat waktu.

Jika Anda adalah pelanggan Unifi, maklumat ini tentunya sangat berguna. Proses pembayaran bil perkhidmatan Unifi boleh dilakukan secara online dan offline.

Untuk kaedah offline, Anda boleh memanfaatkan kemudahan mesin ATM. Selain itu, bayaran bil Unifi juga dapat dilakukan melalui 7 Eleven, KK Mart dan 99 Speedmart.

Bagi Anda yang ingin gunakan cara praktikal, Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet banking untuk bayar bil Unifi melalui online.

Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u

  1. Login Maybank2u.com.my
  2. Masukkan User ID dan Password.
  3. Klik Pay & Transfer.
  4. Klik New Payment.
  5. Pilih TM Unifi Home dari senarai pilihan yang ada.
  6. Masukkan nombor akaun TM Unifi atau Streamyx.
  7. Klik Confirm.
  8. Maklumat terkait bil Unifi akan di paparkan. Masukkan jumlah amaun bayaran. Sekiranya sudah betul. Klik Pay. Cara Bayar Bil Unifi Guna Maybank2u
  9. Masukkan TAC untuk pengesahan pembayaran Anda.
  10. Anda akan dimaklumkan menerusi SMS jika proses pembayaran berjaya.

Baca juga panduan cara bayar bil Astro guna Maybank2u

Cara Bayar Bil Unifi Guna CIMB Clicks

  1. Login cimbclicks.com.my
  2. Masukkan Username dan Password
  3. Klik Pay & Transfer
  4. Pilih JomPAY
  5. Masukkan Biller Code (8888)
  6. Masukkan Ref 1 (Nombor Account) dan Ref 2. boleh diabaikan. Cara Bayar Bil Unifi Guna CIMB Clicks
  7. Masukkan jumlah amaun yang mahu dibayar
  8. Masukkan TAC. Selesai.
  9. Jika Anda mahu, sila tambahkan bil online Unifi ke favourite. Supaya bulan depan tak perlu bersusah-payah nak taip no akaun.

Cara Bayar Bil Unifi Guna JomPAY

  1. Log masuk ke internet banking Anda melalui komputer, laptop atau telefon.
  2. Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
  3. Biller Code (wajib) : 8888
  4. Ref-1 (wajib): Nombor Akaun Unifi Anda
  5. Ref-2 (tidak wajib)
  6. Masukkan jumlah amaun bayaran dan sahkan pembayaran.

Cara Bayar Bil Unifi di 7 Eleven

  1. Pergi ke mana-mana 7 Eleven terdekat.
  2. Bagi tahu barcode bill Unifi dan nombor akaun Unifi Anda Cara dapatkan barcode Unifi
  3. Buat pembayaran bill, selesai.

Cara Bayar Bil Unifi Guna SMS

Adakah Anda menerima SMS dari 62100 setiap bulan, jika dilihat SMS tersebut mengingatkan Anda untuk membayar bil, bukan? Sekarang Anda dapat membayar bil Unifi melalui SMS dengan klik pautan itu tanpa perlu log masuk.

  1. Buka aplikasi SMS Anda. Cari yang biasanya mengingatkan Anda untuk membayar bil, 62100.
  2. Klik link atau pautan billing cycle
  3. Anda akan diarahkan ke unifi.com.my
  4. Anda akan ditunjukkan bil dan amaun yang mesti di bayar.
  5. Untuk meneruskan pembayaran, sila mengisi e-mel Anda (pilihan) atau teruskan dengan BAYAR SEKARANG (Pay Now).
  6. Tanpa perlu log masuk, Anda akan diarahkan ke halaman pengesahan pembayaran. Di sini Anda boleh memilih untuk menggunakan kad kredit atau perbankan internet.
  7. Anda boleh memilih mana-mana bank yang Anda suka, dan ia akan mengarahkan Anda untuk masuk ke bank tersebut.
  8. Selesai.

Itulah pelbagai cara bayar bil Unifi melalui online, SMS dan JomPAY. Sila guna cara yang paling mudah bagi Anda.

Share