Cara Bayar Bil Elektrik Online

Cara Bayar Bil Elektrik Online

Sekarang bayar bil elektrik rumah menjadi lebih mudah kerana dapat menggunakan pelbagai perkhidmatan seperti perkhidmatan online banking, datang terus ke banyak kaunter pembayaran elektrik, dan dapat membayar secara online melalui aplikasi telefon.

Cara bayar elektrik TNB secara online saat ini adalah salah satu yang paling praktikal kerana Anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter pembayaran elektrik, yang biasanya harus beratur.

Cara bayar bil elektrik online sememangnya sangat efisien dan dapat menjimatkan masa. Berikut adalah beberapa kaedah bayar bil elektrik online.

Cara Bayar Bil Elektrik Melalui myTNB

Aplikasi myTNB mempunyai pelbagai ciri yang berguna sangat untuk Anda. Anda boleh menggunakan ciri di bawah semasa menggunakan aplikasi myTNB:

  • Cek bil elektrik secara online.
  • Cek riwayat atau sejarah transaksi elektrik
  • Uruskan beberapa akaun TNB
  • Membuat aduan atau hantar maklumat balas
  • Cek jumlah tenaga elektrik yang digunakan
  • Bayar bil elektrik secara online

Cara Daftar myTNB Online

Sila muat turun atau download aplikasi myTNB di Google Play Store (Android) atau App Store (iOS).

  1. Buka aplikasi myTNB
  2. Klik Register
  3. Isi maklumat seperti nama, no IC, no telefon Cara Daftar myTNB Online
  4. Masukkan PIN yang dihantar melalui SMS
  5. Selesai

Cara Check Bil Elektrik Online

  1. Buka aplikasi myTNB
  2. Klik Add Electricity Account
  3. Sekiranya no IC atau kad pengenalan Anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun Anda.
  4. Jika Anda penyewa rumah, sila tambah akaun TNB secara manual atau scan bil elektrik Anda untuk tambah akaun dengan mudah.
  5. Selepas itu Anda dapat semak bil TNB online dengan klik View Bill check bil elektrik online
  6. Maklumat bil elektrik TNB Anda akan terpapar secara detail.

Bayar Bil Elektrik Online Guna myTNB

  1. Buka aplikasi myTNB Bayar bil elektrik online guna myTNB
  2. Klik View Bill untuk melihat jumlah bil yang mesti di bayar.
  3. Klik Pay
  4. Klik Jenis pembayaran yang Anda mahu boleh guna Credit Card atau Online Bank.

Cara Bayar Bil Elektrik Online Melalui CIMB

Sila gunakan CIMBClicks online banking untuk bayar bil secara online. Berikut langkah-langkah bayar bil elektrik TNB online guna CIMB Clicks

  1. Log masuk CIMB Clicks
  2. Pilih Pay & Transfer
  3. Biller Name: Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau SESB (Sabah Elektricity Sdn Bhd) atau mengikut syarikat untuk membayar bil elektrik Anda
  4. From: Pilih Account bank untuk pembayaran
  5. Amount: Masukkan jumlah bil elektrik yang mahu Anda bayar
  6. Pilih Make Payment
  7. Selesai

Cara Bayar Bil Elektrik Secara Online Melalui Maybank2u

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih Pay & Transfer
  3. Klik Pay
  4. Pay From: Pilih akaun bank Anda.
  5. Pay To: Pilih JomPAY
  6. Biller Code: Biller code ini boleh diperoleh daripada resit bil elektrik Anda. Klik Enter
  7. Ref-1: Masukkan nombor akaun TNB Anda.
  8. Pay Amount: Masukkan jumlah Amount yang mesti di bayar.
  9. Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
  10. Klik Request untuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
  11. Selesai

Anda juga boleh bayar bil air online melalui Maybank2u.

Itulah cara bayar bil elektrik melalui online dan perkara penting lain yang memudahkan pelanggan. Dengan memanfaatkan kaedah pembayaran online, Anda akan menjimatkan lebih banyak masa.

Share