Cara Bayar Bil Air Online

Cara Bayar Bil Air Online

Bayar bil air adalah kewajipan yang mesti dilakukan oleh setiap orang dan setiap bulan agar dapat terus menggunakan air.

Keperluan untuk air bersih tentunya tidak dapat dielakkan, setiap rumah akan memerlukan air untuk memenuhi banyak keperluan.

Bermula dari air untuk mandi, memasak, hingga mencuci, semuanya memerlukan air bersih. Salah satu sumber air terbaik di Malaysia yang juga banyak digunakan adalah dari Jabatan Air.

Cara Bayar Bil Air Secara Online

Sebelum ada sistem dalam talian (online), setiap pelanggan perlu beratur panjang di pejabat air untuk memeriksa bil dan juga membayar bil air.

Kaedah ini tentunya kurang praktikal untuk dilakukan, terutamanya bagi pekerja yang sibuk kerana Anda perlu meluangkan masa untuk pergi ke pejabat air berhampiran kediaman Anda dan beratur.

Sila gunakan cara di bawah ini untuk bayar bil air secara online, kerana dapat menjimatkan masa.

Cara Bayar Bil Air Online Melalui Maybank2u

  1. Buka laman Maybank2u.com
  2. Sila masukkan username dan password Maybank2u.
  3. Dalam akaun Maybank2u, klik menu Pay Bills.
  4. Pilih Pay From dari akaun yang Anda mahu.
  5. Paye To: Pilih Payee
  6. New Payment: Pilih Jabatan Air Sabah atau pilih sesuai kawasan Anda.
  7. Amount: Masukkan jumlah yang mesti dibayar sesuai dengan bil air.
  8. Account No: Masukkan no akaun pada bil air Anda.
  9. Effective Date: Pilih tarikh terkini.
  10. Klik butang Pay
  11. Request TAC
  12. Selesai

Cara Bayar Bil Air Online Melalui CIMB Clicks

  1. Buka laman cimbclicks.com.my
  2. Masukkan username dan password CIMB Clicks Anda.
  3. Klik Pay & Transfer
  4. Pilih JomPAY
  5. Masukkan kod JomPAY di bahagian To (Enter Biller Code).
  6. From: Pilih Account yang mahu Anda gunakan untuk bayar.
  7. Amount: Sila masukkan jumlah bil yang mesti di bayar.
  8. Accepting Terms & Conditions: Pilih YES
  9. Klik Make Payment
  10. Request TAC
  11. Selesai

Cara Bayar Bil Air Online Melalui BSN

  1. Log masuk myBSN
  2. Klik Bill Payment
  3. Pilih Utilities
  4. Payee Name, Pilih Air Kelantan atau sesuai kawasan Anda.
  5. From Account, Pilih account mana yang ingin Anda gunakan untuk bayar.
  6. Bill Account No, Pilih New Bill Payment lalu masukkan no account bil air.
  7. Amount, Masukkan jumlah bill yang mesti di bayar. klik Submit.
  8. Request TAC.
  9. Klik Submit, selesai.

Tidak mempunyai akaun myBSN? Sila mendaftar, baca panduan cara daftar BSN online

Cara Bayar Bil Air Online Melalui Bank Islam

  1. Log masuk Bankislam.biz
  2. Pilih Pay & Transfer
  3. Klik Pay
  4. Pay From: Pilih akaun bank Anda.
  5. Pay To: Pilih JomPAY
  6. Biller Code: Biller code ini boleh diperoleh daripada resit bil air Anda. Klik Enter
  7. Ref-1: Masukkan nombor akaun air Anda.
  8. Pay Amount: Masukkan jumlah duit yang mesti di bayar.
  9. Tick pada I hereby agree to the Terms and Conditions. Klik PAY.
  10. Klik Request untuk dapatkan nombor TAC. Sila cek TAC melalui SMS di telefon bimbit Anda.
  11. Selesai

Sila baca cara daftar Bank Islam online sekiranya Anda belum mempunyai akaun.

Bayar Bil Air Melalui JomPAY

  1. Log masuk ke internet banking Anda melalui komputer, laptop atau telefon.
  2. Cari opsyen bayaran bil dan cari Logo JomPAY.
  3. Biller Code (wajib) : 8144
  4. Ref-1 (wajib): No. Akaun air Anda
  5. Ref-2 (tidak wajib)
  6. Masukkan jumlah bayaran dan sahkan pembayaran.

Itulah pelbagai cara bayar bil air online menggunakan perkhidmatan internet banking myBSN, CIMB Clicks, Bank Islam dan Maybank2u. Selepas membuat pembayaran air, sila baca juga cara bayar bil elektrik online.

Share

Semak Bil Air Selangor

athaya
1 min read

Game Yang Boleh Buat Duit

athaya
2 min read

Semak Bil TNB Online

athaya
1 min read