Cara Dapatkan Bank Statement RHB Bank

Cara Dapatkan Bank Statement RHB Bank

Sebagai pelanggan RHB Bank, sudah tentu Anda ingin mengetahui mengenai sejarah transaksi yang telah dilakukan. Maklumat ini boleh Anda dapatkan pada ciri penyata bank.

Bercakap mengenai penyata bank, harap maklum bahawa RHB Bank menyediakan kemudahan print penyata bank secara online. Melalui kemudahan ini, Anda dapat melihat data sejarah transaksi yang dibuat di akaun RHB Bank.

Salah satu perkara yang memerlukan penyata bank adalah permohonan pinjaman peribadi. Maklumat dari penyata bank ini akan sangat berguna untuk setiap pemohon.

Penyata bank dapat memaparkan sejarah transaksi yang telah dilakukan selama lebih dari 1 bulan. Di sana Anda dapat membaca jenis urus niaga yang telah terjadi seperti pemindahan, pengeluaran tunai dan pembayaran.

Cara Print Bank Statement RHB Bank Online

Cara ini boleh dilakukan bagi Anda yang telah mempunyai akaun RHB Now online banking. Sekiranya Anda belum mempunyai akaun RHB Now boleh segera mendaftar dengan ikuti panduan cara daftar RHB Now online banking.

Jika Anda sudah mempunyai akaun RHB Now, sila ikuti langkah dibawah bagi dapatkan penyata bank RHB.

  1. Login RHB Bank https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, sahkan Secret Word dan masukkan Password. Klik Login.
  3. Klik My Accounts > eStatement Management Cara Dapatkan Bank Statement RHB Bank Online
  4. Pilih Saving Account, klik Next. Cara Print Penyata RHB Bank Online
  5. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih View Online. Klik Preview.
  6. Sekarang klik My Accounts sekali lagi lalu pilih View eStatement.
  7. Klik View e-Statement.
  8. Pilih Penyata Bulan berapa yang ingin Anda dapatkan. Cara Print Bank Statement RHB Bank Online
  9. Download file PDF, selepas itu sila print.

Cara Dapatkan Penyata RHB Bank Melalui Emel

Jika Anda ingin melanggan atau mendapatkan penyata bank setiap bulan di emel Anda, sila ikuti langkah dibawah:

  1. Login RHB Bank https://logon.rhb.com.my
  2. Masukkan Username, sahkan Secret Word dan masukkan Password. Klik Login.
  3. Klik My Accounts > eStatement Management
  4. Pilih Saving Account, klik Next.
  5. Pada bahagian eStatement Registration / Cancellation, pilih Send to Email.
  6. Masukkan alamat Email dan No Handphone. Klik Terms & Conditions. Klik Preview. Cara Dapatkan Penyata RHB Bank Online
  7. Penyata bank akan dihantar pada setiap tarikh kitaran penyata yang telah ditetapkan ke alamat email Anda.

Sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank setiap bulan jika diperlukan.

Itulah maklumat bagaimana nak dapatkan penyata bank RHB secara online melalui perkhidmatan RHB Now.

Share