Penyata bank adalah perincian transaksi debit atau kredit atau wang yang masuk dan keluar ke dalam akaun bank.
Sekiranya Anda pelanggan bank CIMB, penting sangat untuk print bank statement akaun CIMB bank untuk beberapa tujuan.
Contohnya, berkaitan dengan perumahan, kenderaan atau keperluan kewangan lain.
Walau bagaimanapun, jika Anda ingin mencetak dengan melebihi masa lebih dari 1 tahun, Anda mesti pergi ke pejabat cawangan CIMB.
Cara print penyata bank CIMB mudah sangat. Anda hanya perlu datang ke pejabat cawangan dengan membawa syarat yang diperlukan.
Syarat tersebut iaitu, buku bank, kad ATM dan duit (opsional).
Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Online
Adakah Anda tahu jika sekarang print penyata bank CIMB boleh dilakukan secara online? CIMB Clicks adalah salah satu perkhidmatan perbankan yang dapat melakukan pelbagai aktiviti kewangan secara cepat dan pantas.
Terdapat pelbagai ciri yang boleh Anda gunakan, seperti print bank statement CIMB, bayar bil, topup kredit, transfer wang dan lainnya.
Bagi Anda yang mahu print penyata bank CIMB melalui online, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar di CIMB Clicks.
Print Penyata CIMB Bank Online
Sekiranya Anda belum mempunyai akaun CIMB Clicks, sila baca panduan cara daftar CIMB Clicks online. Untuk Anda yang telah mempunyai akaun CIMB Clicks online, sila ikuti panduan dibawah.
- Buka link www.cimbclicks.com.my
- Klik Login to Clicks
- Pilih I want to View My Dashboard
- Masukkan User ID pada bahagian Enter User ID, klik Login
- Pastikan Secure Word Anda betul
- Masukkan Password/Kata Laluan, klik Login
- Pilih My Accounts
- Klik Current/Savings, klik 3 (…) tanda pilih View/Download eStatement
- Pilih bulan yang mahu Anda print
- Selepas itu, Anda dapat download penyata bank
Selain cara diatas Anda boleh guna cara dibawah:
- Log masuk CIMB Clicks
- Pilih My Accounts > eStatement > View eStatement
- Pilih Bulan
- Download Statement
Cara Dapatkan Bank Statment Melalui Email
Bagaimana cara dapatkan penyata bank CIMB melalui email setiap bulan?
Untuk mendapatkan bank statement melalui e-mel, Anda perlu melanggan perkhidmatan ini:
- Log masuk ke CIMB Clicks
- Pilih My Accounts > eStatement > Email Statement Delivery
- Masukkan alamat e-mel dan Kata Laluan Anda
- Terima Terma dan Syarat
- Tahniah, sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank setiap bulan di Email Anda.
Itulah panduan cara dapatkan bank statement CIMB bank secara online melalui CIMB Clicks.